Pages

Sunday, June 27, 2010

best weekend

seronok sangat, family turun KL.. even, x semua yg turun, half of them jea.. tapi best, aku memainkan watak sebagai tourist guide.... tapi tak banyak tempat pun kami lawat... antara tempat-tempat yang sempat nya:

1. tasik shah alam (berkelah, makan durian dan bekalan yang ma bawa)...sedapnyaaa...
2. batu tiga (tempat berteduh, ini bukan kes naik motor pastu hujan, then kena benti berteduh sementara hujan reda...)
3. i-city (proses mengenal warna... samapi naik pening kami)
4. uitm (hantar adik, tiru aku lah tu.. aku masuk uitm dia pun nak uitm :p )
5. tesco (shopping barang budak nak duk hostel)

perasaan skang: sedih, sebab sunyi.... doirang dah balik... tapi esok nak pegi hospital....
berdebar lah pulak. harap-harap semua nya selamat. amin.........

ermmmmmmmmm

perangai aku ni kan kadang-kadang kebudak-budakkan...
ntah bila nak berubah ni..
mestilah orang lain tension..
sorry lah weh.. nak buat cana... :p

Wednesday, June 23, 2010

susahnya....

bila aku baca balik semula entry yg telah dipost kan... aku rasa mcm sengal gile cara penulisan aku ni... aku akan cuba improve... slow-slow la kan... mungkin sapa-sapa ada tips boleh la share dengan aku... aim aku, aku nak blog ni nak simple je... xde ayat-ayat yang boleh peningkan readers, and xnak la dia nampak macam tah pape...

buat permulaan mmg nampak sengal gile.. sapa-sapa kutuk aku x kisah... aku admit... sila beri tunjuk ajar....

:)
:))

Monday, June 21, 2010

abang-abangku

abe dan abe die, 2 orang abg yang suka buli aku... memandangkan jantina kami berbeza.. aku selalu kena buli. bila derang ada projek, mesti senyap-senyap je xnak sampai aku tahu... kalau aku tahu mesti aku nak ikut.

satu hari tu, aku dapat tahu derang nak g jerat ayam hutan. aku dah ready dengan uniform yang sepatutnya.. dieorang frust la sbb tahu.. kalau x bagi aku ikut aku report sama ma.. so, nak x nak kena la bawak (yes, boleh ikut)....

tapi aku telah dikenakan syarat... aku kena bawa semua peralatan dan barang-barang keperluan. Derang, ikat kan parang panjang kat pinggan aku... hujung parang terseret kat tanah (ohhh betapa keciknya aku masa tu), kena bawak sebekas buah sawit utk dijadikan umpan, bawak tali (benang tebal utk jerat, serta bawa air utk minum. semua barang aku bawa.. derang melenggang dengan tangan kosong... nak buat mcm mana, terpaksa la dah nak ikut sangat kan....


sampai dekat port yang aimed tu... aku kena duduk jauh-jauh, dah la kena meniarap, alasan: kononnya nanti ayam nampak, nanti ayam lari xnak makan umpan. derang 2 orang pun set la jerat tu... letak umpan, buat ikatan jerat... tah berapa lama kami tunggu baru ada ayam. aku dari jauh x nampak sngt... nak bercakap pun x berani, takut kena marah. x lama lepas tu ayam dah masuk jerat....punya lah happy aku cuba-cuba utk pergi lagi dekat. waktu tu abg-abg aku tgk sibuk nak buka ikatan kat kaki ayam tu...

tapi..... tanpa disangka-sangka, sebaik saje ikatan dibuka ayam tu terlepas... derang cakap, ayam terkejut sebab tengok aku... alih-alih aku jugak yang kena... ala, cakap je xnak bawak aku utk next projek.. tapi xpe, aku x gentar.. aku tetap akan ikut korang.... :p




MULA BERPINDAH

setelah beberapa tahun tinggal dihutan.... ma dan ayah decide utk pindah... pindah ke perkampungan yang ramai orang (xde la ramia sngt may be waktu tu da dalam 20 biji rumah).... dengan ehsan dari tok sedara belah mak, kami telah membina rumah ditanah beliau.... ayah bina sendiri... cari pokok balak kat hutan: ayah tebang, potong kepada bahagian yang boleh dibuat tiang, dinding... kemudian ketamkan kayu-kayu tersebut... banyak lagi ayah buat... aku pun x ingat....

sesi pembinaan bermula... bila dah siap rumah tu, sangat-sangat gembira sebab ada rumah baru, walaupun rumahnya kecik je... rumah pun xtau nak define theme apa yang ayah buat sebab macam-macam bentuk kayu ayah guna... ala-ala tampal pun ada jugak... cukup-cukup utk tido, mandi, makan dan benda-benda wajib yang lain....

waktu bina tu ayah xde upah sapa-sapa pun... buat sendiri, pastu 2,3 org yang tolong macam atok, dan jiran....

x ingat dah berapa lama ayah ambek masa utk bina rumah tu... rumah tu kekal sampai sekarang... ayah tambah sikit-sikit... dah x tau fasa keberapa rumah tu... lepas bina sana, bina sini pulak... itu lah hasil creativity ayah aku........

ayah sangat hebat!!!!!!!

Saturday, June 19, 2010

KERJA AYAH

waktu tinggal di Bukit Merah (rumah pertama kami yg terletak dihutan)... ayah berkerja di estet... seawal 4 pagi ayah akan keluar bekerja... sewaktu tu aku x lahir lagi... biasanya selepas ayah ke estet... ma akan bersama abe... time2 macam ni la ma cakap en.tiger akan mundar mandir bawah rumah.... ma akan peluk abe dalam bilik (abe masih baby lagi masa ni)... xnak bg abe nangis sbb takut en.tiger detect da pemangsa ada berdekatan beliau... saat2 ni mmg cemas...

bila langit cerah sikit, ma mandikan abe, bagi susu, dan tidor kan dia.. pastu cek tengok line clear x...kalau clear ma turun keliling rumah utk petik tanaman yang boleh dibuat lauk utk makan tengahari dan malam.

pada waktu petang ayah akan pulang dr estet... lepas asar ayah akan sambung bercucuk tanam sambil tengok jerat yang dibuat, dapat habuan atau x.... bila senja je..ayah akan nyalakan api kat depan rumah utk elak gajah dekati rumah kami.... bab2 survive ni xde masalah la...

HEBATKAN MA DAN AYAH SAYA???????

HUTAN

hutan adalah tempat paling tenang... pengalaman ketika tinggal dihutan adalah satu perkara yang paling indah...walaupun sewaktu itu usiaku dalam 3,4 tahun. bersama ayah, ma, abe n abe die... kami berumah di dalam hutan...hanya kami yang tinggal disana...

5,6 miles away from people... n a great experienc is when we have tiger, elephant, and other wild animals as our neighbor... tapi bulan puasa xde la bertukar juadah...

ingat lagi... bila ayah tanam ubi, pisang, pokok getah... esok nye gajah cabut... lusa ayah tanam semula...ayah tanam sampai gajah give up utk cabut... skang pokok getah tu dah tua... susu pun dah x bnyk...rasanya usia pokok getah lebih kurang abg yg sulong...26tahun rasanya...

kami masa kecik2 selalu makan tumbuh-tumbuhan je... kenapa yea???????


1. kalau nak makan ayam bandar, mahal. jauh pulak tu nak keluar utk beli ayam.

2. kalau ikan laut (kembong, uji rashid, pari).. xde fridge (xde sumber letrik), mana nak simpan lebihan. kalau nak simpan dlm tempayan bersama garam (pekasam) x sedap. sebab ikan laut.. kalau beli sikit x berbaloi sebab pasar jauh.

3. biasa makan pucuk ubi, ulam daun serai kayu, petai, pucuk paku, pucuk nidi (pucuk paku color merah), kulat sisir, pucuk labu.... huh sedapnya.....

4. pastu makan ayam hutan... ayah sambil2 bercucuk tanam, akan buat jerat ayam hutan... kadang2 kami makan binatang hutan yang halal.... rasanya dah macam2 jenis binatang dah makan ni.... xperlu lah dimaklumkan jenis2 binatang tersebut...

5. waktu tinggal kat hutan ni...ma mencipta pelbagai jenis maaskan bergantung kepada ingredients yg available la... ma menjadi ibu yang sngt2 creative....


terasa sangat rindu dengan kehidupan lama... walaupun waktu tu sngt2 susah... tapi ma dan ayah tetap bersama...saya bangga dengan ma dan ayah.....

JUST BEGIN

tetiba rasa gedik nak tulis blog...
ni permulaan....
rasanya x selalu update ni..
but it'll be a place to express my feelings....
besides, share on my past stories...
hopefully it can works la..
let's doin....
:p
:)
:))