Pages

Tuesday, May 31, 2011

pahit dan pedih...

pahitnya 23 Mei lepas...

lutut ku longgar, berbalam-balam pandangan...

air mata tanpa henti,

tak mampu untuk berkata-kata.

orang disekeliling membantu.

ada yang hanya sekadar tengok dan bersimpati.

aku meraung meminta tolong, tiada apa mampu dilakukan.

mengucap, ingat tuhan. itu yang terbaik..

kenapa jadi macam nie?
apa puncanya?
kenapa dia?

jangan disoal ini ketentuan tuhan. pasti ada hikmahnya....


mungkin ini ujian untuk yang leka seperti kami


tak semua tahu apa difikiran ini, apa yang dirasakan ini.


tak perlulah disiarkan, dihebohkan. apa yang lepas, lepas lah...

saat itu masih bersisa di kepala ini, mungkin trauma nya masih ada.


ini dugaan bagi kami yang 14 hari sah sebagai suami isteri...


moga, doa kita dan keluarga dimakbulkan.


ouhhhhh

alhamdullilah... aku dah kawen... oyeeeee.... rasa satu bebanan yang selama ini dipegang akhirnya dah hilang... segala kerungsingan dah terurai...

aku dah buka buku baru, buku yang cover page nye berbeza... buku nie bukan aku sahaja yang miliki.. tapi, dia juga ada bersama...

indahnya bercinta saat muda. lagu nidji..
rasa nya lagi indah berkahwen saat muda... eceh, mentang-mentang dah kawen kan?

segala perkara nak buat bersama. kita share yea bang, takde rahsia. manis kan??? diharapkan manis ni sentiasa bersama, pahit, masam, masin, tawar itu mesti ada... barulah complete kan? tapi, biarlah manisnya yang pekat.

teringat sewaktu merajuk padanya. taknak disisinya sewaktu tidur. aku berpindah ke sofa ruang tamu. cuba ku lelap. tapi tak boleh. ego keras mengatakan biar dia tido sorang. cuba ku paksa mata ni. tak mahu jugak dia tido. pandang keluar tinggap nampak pokok mangga besar. pukul 2 pagi waktu tue. tiba-tiba terbayang hantu baju putih, rambut panjang bertenggek diatas pokok. aduh, cancel!!!! tukar port lain pulak, asal bukannya tido di master bedroom.. merajuk katakan.

berpindah pulak ke bilik kedua. nak tido di atas katil single. cuba bayangkan sewaktu bujang dulu. argh, bila baring diatas cadar merah, makin bertambah menyala lagi api kemarahan ni. pusing kiri, pusing kanan. makin gelisah...

berdosanya aku pada suami. biarkan dia tido bersendirian. aku tau dia pun tak lena. setiap beberapa minit dia berubah kedudukan. bila rasa bersalah baiklah kita dekatkan diri pada tuhan. tak perlulah ikut perasaan hati. bila benci ada didalam hati semuanya nampak hitam, semuanya nampak busuk, semuanya nampak buruk. walaupun dulu semanis kurma, selemak susu, selembut sutera.

aku berwuduk, tunaikan solat taubat.. ingat ku lelap bersama telekung dan bertilamkan sejadah. namun, masih tak dapat tido. skang dah pukul 3 pagi. apa masalahnya lagi. pakaian agama dah dilipat, sejadah dah disusun.

RASANYA PATUT KEMBALI KEPADA SUAMI..

perlahan-lahan, naik atas katil. baring disebelahnya. aku alihkan bantal yang jadi penghalang antara kami. maklumlah dah merajuk, 2 bantal aku buat jadi sempadan. muka suami aku tatap, hanya berapa minit diperlukan aku terus lelap. tenang nya hati menatap wajahnya ketika tidur..

ITULAH MANISNYA PERKAHWINAN INI....

maafkan isteri mu yang terlalu cepat melenting, sensetif terlebih bang.... tapi, makin hari, makin sayang..

INDAHNYA BERKAHWIN SAAT MUDA!!!! (tapi, takdelah muda sangat usia aku waktu kawen nie)... eksen je lebih. eheheheheh.....