Pages

Friday, December 31, 2010

tahun baru????

oh... 2011 hampir tiba!!!!! baju baru takde, takpe ke???? bila menonton di tv begitu gah dunia meraikan tahun baru terus teringat baju baru. macam nak raya pulak..

kenapa tahun baru calendar* kaf alip fa ya rho* sambutannya hangat berbanding, 1 muharam??? saya lihat diri saya sendiri, saya terlepas untuk berdoa akhir tahun dan doa awal tahun pada 1 muharam yang lepas.. adakah terlalu leka dengan mainan dunia????

saya perlu muhasabah diri saya....moga Allah mengingati saya yang sentiasa lalai ini...

doa saya untuk tahun baru ini:
  1. mohon kepada ya rabbi untuk kebahagian dan keredhaan keluarga saya berpanjangan.
  2. rahmati hubungan saya dengan si panjang, mudahkan perjalanan kami untuk mendirikan masjid.
  3. semoga rezeki yang kami perolehi sentiasa dalam keadaan halal, diberkati dan diredhai oleh Allah.
  4. semoga saya dapat perbanyakkan amal ibadah dan kurangkan kemungkaran.
  5. semoga segala dosa yang lepas dapat dikurangkan..
bila direnung kembali, sebenarnya banyak lagi yang saya nak... hajat untuk hal duniawi memang banyak sangat tak terkira, yang penting keredhaan Allah yang satu...
Ya Allah bawalah aku kejalan yang benar, AMIN....

No comments:

Post a Comment