bersyukur kehadrat ilahi.. kenyang perut ku.. dari pagi sehingga la kini. jimat duit. kat sini kenalah save sikit. tak bergaji lagikan. makan pun kenalah berpada-pada. funder pun banyak lagi tanggungan. insurance laki bini, duit rumah, api air, duit asb i lagi. tu tak kira nak bagi duit dekat mak ayah lagi. opsssss, jangan mengeluh. benda kecik jea.
pot luck dibuat kali ni sempena ramadhan. last makan-makan before ramadhan kan. tapi rasanya esok makan lagi kot. sebab esok da gotong-royong. tapi tak tau menu apa..
menu hari nie.. nasi kerabu.. inilah orang-orang yang mneyediakan dan membawa lauk-lauk yang terlibat.
puan ngah: pulut serunding dan solok lada.
kak yana and en. razlan (laki bini): nasi unggu, kerabu, budu, sambal, tumis,
k.ziana, k.syikeen, huda and jacq: ayam berempah, ikan celop tepung dan kopok ikan
en.nizam: sambal udang
staff non muslim bring drinks and fruits...
sampai sekrang kenyang lagi..
actually dari tadi nak update blog ni dari pukul 1.30pm tapi terhenti seketika disebabkan oleh...
aku join PUSPANITA.... ouchhhhhhh...
tetiba je boleh join. cerita nye macam nie... tadi g toilet, pastu terserempak dengan puan ngah.. dia suggest la untuk masuk puspanita. waktu melepaskan hajat tue macam pikir-pikir jugak. apa yang i akan dapat kan kalau join??... dah lepaskan hajat. terus gerak nak masuk opis lah. sampai separuh jalan patah balik. terus ke dewan yang dekat dengan toilet tue. tak tau dewan apa. maklumlah barukan.
terus daftar kan diri. bayar yuran RM36. pastu dapat elaun RM10. so, bayaran sebenar adalah RM26. first meeting kan so, blurr la sikit. banyak isu yang lepas berlaku dalam puspanita nie. tadi dengar jelah. orang barukan. antara kes yang biasa berlaku adalah BIAS. ermmmm... benda-benda macam nie memang selalu terjadi kan????.. aku pun pernah alaminya...
tapi ada nasihat yang sangat bagus yang aku dapat hari ni... not drag any bad and stupid things. maksudnya, tak perlulah hal kecik nak dibesar-besarkan. nak dicanang-canang. kerana hal keciklah perhubungan antara sesama manusia akan terjejas especially kita sebagai orang islam. bila dipikirkan balik. banyaknya dosa, memutuskan perhubungan ini. ya Allah ampunkan aku...
jadi ingat. perkara kecik jangan nak dibesarkan. sampaikan masalah puspanita dulu, bergaduh didalam email, FB dan laman sosial yang lain.
suamiku dah berpesan, apa yang memedihkan mata, menyakitkan telinga usah dilayan. if some people want to be a stupid u shouldn't involve it. because you will be a stupid too. saya ingat sayang.... usah dilayankan... disini, pengharapan ku.. aku tak mahu terlibat dengan perkara sia-sia ini. kat sini macam ok, muslim ke, non muslim the they treat us fairly. alhamdullilah..
teringat suamiku, bila ada maslaaqh dialah penasihat yang bagus, dia tidak menangkan aku. dia tidak salahkan mana-mana yang terlibat. apa yang dia nak, muhasabah diri.. kenapa ini berlaku? jangan hanya salahkan orang untuk memberi kemenangan kepada diri sendiri. kamu beri kemenangan kepada kamu. tapi adakah orang lain beri kemenangan kepada kamu???? hanya sedapkan diri sendirikan? tapi, bagaimana yang terpengaruh? yang terpengaruh akan tahu nanti. tapi bila sayang? bila sampai masanya... aku perlu ingat itu.
alamak, dah hampir pukul 5pm.. nak balik.. walau husband tiada disini. banyak kerja nak buat nie... kemas rumah bah. mau tolong ka???
bye... muahhhh... jumaat kiss.. nak makan bihun sup and air pandan puspanita tadi..
No comments:
Post a Comment