sama macam hari sebelumnya.. saya menghilangkan diri dari opis seawal yang mungkin.. hari ini kemungkinan dia akan operate sebab semalam dia puasa..
hari ni 1 julai 2010, saya tiba di HKL seawal 8.30 pagi... ermmm, walaupun sampai awal tapi parking still full. kena lah park jauh sikit but still in HKL terrritory...
sampai jea di ward 5E, saya tengok si panjang tengak khusyuk buat sudoku... pagi tu, dia ceria seperti selalu...
kami menghabiskan masa bersama-sama, main sudoko dan berborak... saya cuba guna masa yang ada sebaik mungkin... mana lah tau nanti tak berkesempatan nak berborak macam ni... dia ceria seperti tak ada sebarang masalah. kalau nak tahu, si panjang memamg macam tu, dia orang yang paling-paling positif yang pernah saya jumpa...
saya ada tanya dia. 'apa perasaan abang sekarang? hari ni may be dah boleh masuk Operation Theater, abg betul-betul dah ready ke?'... seperti biasa dia senyum, 'Insyaallah' katanya...
dari pagi, sampai ke petang saya dihospital, saya tak balik ke opis pun untuk thumb out. lantak lah, hari ni hari penting saya dan dia. moga dia selamat..
dah pukul 6 petang ni, jadi ke tak dia operate hari ni. tak kan nak postpone lagi?? perasaan saya sekarang resah, perasaan dia?? saya tak tahu..
sekarang pukul 7 petang, depan ward kami ada 1 stretcher, atas nya siap ada fail pesakit yang tertulis nama si panjang. oh!! adakah??
misi datang, bagitau suruh bersedia sebab dah nak masuk OT.. si panjang tiada di ward dia baru siap mandi, dan tengah solat maghrib. katanya 'abang nak mintak permudahkan segala urusan hari ini, semoga semuanya selamat'...
8.00 malam dia siap berpakaian putih yang khas untuk operate, saya dan misi yang bertugas bergerak ke OT bersama dia yang sedap-sedap jea berbaring di stretcher..
sampi di bilik operation saya dibenarkan masuk sampai di satu bilik pertukaran. bilik tu adalah line merah, saya tidak boleh melepasi line merah tu.. si panjang telah bertukar stretcher, saya makin berdebar... segala butiran dibaca, kami mengesahkan kembali tandangan persetujuan untuk operation ini.. saya menjadi saksi. terasa sangat aneh, kemudian, doktor meminta nombor telefon dan bertanya' ada apa-apa yang nak cakap, sebelum operation bermula'... alamakkk, airmata bergenang, saya hanya mampu angkat tangan.. sebab saya tak mampu, air mata pun dah menitis...
si panjang sempat berpesan..'sayang doakan abang selamat' Ya Allah, seperti mahu pitam, hanya mampu senyum sampai air mata berlinangan....
pukul 8.30, kakak kesayangan nye sampai selepas sms dihantar beberapa minit sebelum dia masuk ke OT, saya dah inform kepada semua ahli keluaganya.. mereka tak dapat datang kerana sebab-sebab tertentu.. mesti maknya tak senang duduk maklum la anak kesayangannya sedang bertarung nyawa... saya dan kakaknya, menunggu.. baca yassin, solat hajat dah dibuat.. tapi operation masih lagi berjalan.
pukul 10.30 doktor keluar dari OT, kami terus bertanya macam mana situasi si panjang? doktor kata 'oh, pesakit dah dibius, dia cepat react, skang operation dah start'... huh, lega rasanya..
pukul 11 lebih, sorang lagi doktor keluar... kami tanya lagi.. doktor tu cakap 'kulit kepala dah bukak, mungkin tengah pasangkan plate skang'.. dalam sejam mungkin operation siap.. selepas sejam, keluar lagi doktor lain.. kami tanya lagi... katanya 'dah closing dalam setengah jam siap la, tapi kena observe dulu baru pesakit keluar dari OT, dia ok..jangan risau'.. lega sikit rasanya...
pukul 1.00 pagi si panjang dah keluar.. tapi dia masih mamai maklumlah under bius lagi kan..
tapi, sedih sangat tengok muka dia.. bibir dia bengkak, darah kering dekat kepala dan telinga, sebahagian kepala bertampal, bernafas dengan gas oksigen.. sayu nya hati ni...
semoga dia selamat dan tidak lupakan saya... kami bawanya ke ward bersama dengan 2 misi laki-laki... pukul 2.30 pagi saya nak pulang ke maluri...
sebelum gerak balik.. saya bisikkan pada si panjang 'abang kena kuat, esok ayang datang bawa breakfast'.. dia pun balas 'baek punye'.. ya Allah sempat lagi tu... sikapnya begini lah yang menawan hati saya...
No comments:
Post a Comment