Pages

Wednesday, August 24, 2011

baby baru

claim dah dapat.. tapi habis sekejap jea. tunggu gajilah pulak... esok ku menanti mu. penyata gaji dah dapat, kerani kewangan dah bagi. tunggu ongkosnya aja... sabarrrrrrr....

tak sabarnya mau balik. esok saja bah. esok pagi pun da class kitchen. esok, buat kuih. 6 jenis kuih raya, (suji, almond cookies, butter cookies, chocolate chips, corn flakes biscuits, and cheese biscuits). ha, sebelum tue, apakah perbezaan antara cookies and biscuits? pikir-pikirkan.. pasti ada bedanya kan?

rindu pada keluarga tidak dapat dibendung lagi. nak jumpa anak buah baru yang pastinya comel lote ala ala cik de dia.. baby baru nie pun boy. naufal dah da adik. adik abg naufal pun baik. macam dia masa lahir awal-awal dulu. tido aje. sampai geram cubit-cubit dia nak bagi dia nagis.

abg naufal skang makin gemuk. tak tau la depa bagi makan apa. kecik-kecik gemuk, besor-besor kena control skit. bagi kerja kuat..

sebelum balik nie, aku da shopping sikit-sikit for family. beli butang baju melayu, brooch, gelang, dan baju. cantik-cantik brooch sebab nie banyak yang latest especially yang menggunakan mutiara. tapi, tak dapat beli banyak sebab duitnya tak banyak... sedih. nasib baik kuih gelang, amplang sudah dibeli last balik hari tue.

maaf yea, tak ramai yang dapat nanti. adik beradik dan keluarga mentua dulu yang dapat. yang lain coming soon. sabar yea.

24 jam je lagi nak naik flight. dah every week muka aku kat airport nie. permanent passenger sudah. aduh, rindunya nak balik kg... nak buat kek aiskrim la balik nanti.. macam dah dapat resepi yang power jea... ahahahah....

this year my mum and sis buat sendiri kuih. no more kuih tunjuk-tunjuk.. ciri-ciri wanita yang mementingkan kualiti. plan to make something special with them.. i'll looking for the recipe. hopefully can be done as what i planned.

and to my babeh cayang. wait me. see you in airport tomorrow night. and dont you ever count the time cause i already done it... love my hubby. keep your macho style... muah muahhh mauhhh hundred thousand kiss for u cayang...

Wednesday, August 10, 2011

comel comel saya

rindu pulak dekat budak dua nie...



ADIK: tadi call cakap dengan zila. dia cakap adik demam. semalam cakap dengan adik, adik batuk semalam sebab habuk. tapi hari ni demam teruk pulak. adik nak puasa jugak tue sebab ayah janji nak bagi RM100 kalau puasa full. ayah suruh adik buka puasa. jam 12tghri tadi dibuka. sian dia. minum air jea. makan taknak. semoga adik cepat sembuh. semalam seronoknya dia berborak dengan abang mat dia. tapi hari ni tak sihat pulak. tak sabar nak jumpa adik.. kalau dapat gaji. kakak belanja adik dengan abg heri yea...


ABANG NAUFAL: rindu dekat si kecik nie. skang dah gemuk dah dia. makin selera makan. last jumpa alahai keciknya kaki.. kurus no.... skang zila cakap dah debab. dia dah pandai cakap dah skang. 'bu (ibu), bah (abah), edap (sedap), su (maksu), pi (tepi), cik (pakcik)... tah apa lagi lah... dah pandai anak buah cik de nie... geram nak gigi abang naufal nie... dia dah pandai sebab nak dapat adik. ibu dia nak beranak dah bulan nie. due dalam 19hb nie.. semoga kak imah selamat melahirkan second baby yea... bila turn saya yea? bagaimanakah physical saya bila pregnant nanti? ermmmmm seram... k.nat pun dah pregnant...

happy dengar kaba dia pregnant. malam tue dia call. rasanya nak gtau dia pregnant. tapi tengah duk cakap tue husband pulak call. terputus disitu.. esoknya, kawan opis lama mesej. so, i get it... tapi dia tak nak kecoh-kecoh lagi waktu tue... gosip secara senyap jelah... saya gembiri dengan pengkhabaran ini... dapat baby dan dapat keje. rezeki akak murah dalam bulan yang mulia ini. even, news pregnant before ramadhan lagi... jaga kandungan yea sayang....




ALHAMDULLILAH rezeki ku...

senangnya dalam hati,
dapat balik KL lagi,
dapat jumpa si suami,
hilanglah rindu nanti...
lalalalalaaaaa....

Alhamdullilah. syukur padamu Ya Allah. dimurahkan rezeki ini. ingat nak kena tunggu 2 minggu lagi baru dapat balik. rupanya this weekend dah boleh balik KL. seminggu di KL nanti. wow, tak sabar. tak lupa juga pada opismate yang membantu. yang membolehkan aku ke KL dalam masa terdekat nie... tak perlu keluar duit, just pegi KL dan jalankan tugas yang perlu dipenuhi sebagai penjawat awam....

pagi tadi class di Telipok dari jam 9.30pagi hingga 11.45pagi. tapi class terbabas sampai jam 12 lebih. sampai opis, nampak jacq isi borang. dia kata borang untuk waran, tiket flight. kena pegi kursus kat KL seminggu. tapi, dia cakap nama aku sorang jea takde. kursus ni untuk staff baru.

time tue sedihnya. kalau pegi KL seminggu boleh jumpa husband i yang bucuk tue. downny,a sedih. sedih. tapi buat relax jea tak yah nampak sangat muka sedih. jumpa k.syikeen pulak. dia pun pegi. aku jea yang takde.. :((.... cakap lah kat dia. kenapa saya takde? ke saya tak mengajar budak-budak khas? sebab nie kursus bahasa isyarat (deaf). aku memang tak ajar depa sem nie. yang pegi rasanya semua ngajar budak-budak khas. cuba berfikiran positif. mencari kebarangkalian... ermmmmm

pastu cakap dengan ketua jabatan (KJ), sebab dia tengah lepak area work station aku.
aku: puan, saya sorang jea tak dapat pegi kursus kat KL, sorang-sorang la saya nanti.
puan: takde nama tak payah pegi.
aku: saya nak jumpa suami saya puan.
puan: pasal u nak jumpa suami u lah, u tak dapat...
aku: puan.... (muka dah macam kucing dah)...

tiba-tiba evlyn, slow talk dengan aku..
ev: huda, puan dah call lah bahagian pembangunan, surah masukkan nama kau.
saya: eh, betul ke? saya tak tahu pun
ev: yelah, kau kan ada class tadi. kitaorg suruh puan call orang sana. sebab kau tercicir. saya mesej diorang lagi suruh masuk nama kau.
saya: ev, thanks... sebab gitau puan. puan main-main kan saya. dahlah tengah sedih ni. saje jea puan nie
ev: k.mas yang perasan nama kau takde. terus kami report kat puan. ambek borang nie untuk amek waran tiket. nak hantar kewangan. sebab nak booking tiket.
saya: saya takutlah tak dapat sebab tak confirm lagi. puan pun tak cakap apa.

pastu dengar puan cakap dengan someone thru call. macam berita baek jea.

puan: huda, pegawai sana dah fax masukkan nama u. cepat settle borang kursus.
saya: Puan, terima kasih. love u so much puan.
puan: berterima kasih dekat ev, mas dan yang lain.
saya: terima kasih semua.

kalau derang tak tolong. confirm aku tak dapat pegi. tak dapat jumpa suami. abang, ayang rindu abang.... :((

esok, kalau depa dah booking tiket. dah keluar waran. den nak tukar hari berlepas.. nak pergi secepat yang mungkin dan nak balik selewat yang mungkin. saya nak spend masa dengan suami.

pastu lepas balik dari kursus duduk 5 hari kat poli..then, balik lagi untuk raya. yang nie duit tiket. duit aku sendiri... ehehehe...

Tuesday, August 9, 2011

rindu bucuk...

rindunya kat bucuk saya nie. dia memang bucuk, especially bila nak tido dan bangun tido. bau paling best lepas bangun tido... menusuk gitu baunya. teringat lagi annual diner SAS (company laki i). balik mnegejut dari KK ke KL. pukul 12.30tghr sampai LCCT untuk attend diner depa. pukul 6ptg dah nak gerak.

kat airport kak ipar dan mak mertua tersayang yang jemput. hubby tak dapat jemput sebab busy set up untuk diner. tema diner malam tue red and black. alamak baju takde. so, sampai jea depa bawa aku pegi cari baju. mula-mula nak pegi times square tapi xsempat sebab beberapa jam jea. so, ke damansaralah kita. dalam pukul 2 lebih sampai sana. sampai KL bukan jumpa husband tapi pegi shopping dulu.

lamanya ambek masa shopping sebab baju takde, cardigan takde, tudung pun takde. dalam pukul 5.30 ptg siap shopping. rushing balik ke subang. husband dah tunggu. dahlah lapa sebab tak makan apa-apa pun even, kat KK.

nasib baik kakak ipar dan mak tolong iron baju dan siap kan semua barang. kesian depa. pukul 6.30ptg gerak kesana. ni lah result masa yang tak cukup. baju husband pun tak ikut tema..ermmmm


saya comel, hubby handsome. (ikut suka akulah nak cakap apa, eheheeh)

pic yang nak melekat. takpe, kami dah kawen... eheheh




nie pic dengan pengantin baru. fendi dan isterinya. depa ni baru jea akad nikah pagi tadi, di temerloh. tapi malam dah ada kat diner nie.. malam pengantin di sini yea??? :p



tujuan bos hubby sponsor duit tiket flight sebab, dia nak raikan staff dia yang baru berumah tangga, so, kami salah satu nya. kalau tiap-tiap minggu nak buat macam ni pun takpe. sponsor lah, saya terima. ala, RM600 tiket apa ada dengan profit yang dia dapat bulan-bulan.


3 pasangan diraikan, sesi potong kek, sesi memperkenalkan isteri-isteri staff (pengantin baru). isu kami duduk jauh antara satu sama lain jadi isu hangat. tak habis-habis bos dia nyakat. kalau lah bos aku dulu macam nie. sodapnya.

malam tue banyak sangat hadiah yang disediakan. semua best-best. tv lcd 32", 40", samsung galaxy, i pad 2, digital camera, ni semua hadian untuk lucky draw. untuk staff da jugak hadiah wajib. sapa yang berkhidmat kurang dari 5 tahun dapat branded watch. cantik gak jam hubby. dia pilih awal sebab dia ajk so, da chance untuk pilih yang terbaik. pastu mana-mana staff yang keje lebih dari 5 tahun dapat jongkong emas.. fuyooooooooo.... bila lah nak dapat macam nie.. ermmmm...

husband i cakap bos dia spend untuk hadiah dalam 100k. makan-makan kat KLGCC tak tahu berapa pulak.. moga anda murah rezeki sentiasa yea...

opssss, tempat keje saya dulu ada gak buat diner atau family day. hadiah dia lapik periuk, rak kasut, kipas angin paling grand. lain kali motivate sikit pekerja, jangan nak pikir untung jea

tapi tempat keje baru tak tau lagi... wait and see.... :pAlign Right

baking class

minggu ni masuk minggu kedua aku assists kat amy kat baking and confectionery class (praktikal). takyah cakap banyak. ni dia hasil untuk first class aku. pullman bread atau roti macam gardenia tu...



ni after proofing, the product are ready to bake. baking about 180C for 30 till 40 minutes.



here the products. we have Pullman bread, hard roll knot, baguette and hard roll. bangga rasanya walau baru buat basic product. agak-agaklah first class kan. so, be patience k.


here, today class. we prepared sweet dough. by using that dough 6 products completed. below 4 of them.


red bun, sausage vege bun, cheese bun and sardine bun, nyum nyum nyum... all the bread very very soft.




the students ready to collect their products. but taking picture first for their portfolio.

can't wait for next class caused i've learn many things from kak amy. kak amy really expertise pattisier due to 9 years experienced. 4 years at UiTM Dungun and 5 years at poli KK. i am glad to assists you sis.




berita gembira

alhamdullilah seronoknya bila tengok berita tv3 semalam. bonus raya untuk penjawat awam. tak pastilah dapat ke tak. tapi takkan tak dapat kan? kan dah keje dengan gomen skang kan? berapa dapat ek? tv3 cakap dapat separuh. email poli pun cakap dapat separuh gaji. tapi, aku kan baru je keje, gaji pun tak dapat lagi. nama aku dah masuk ke dalam sistem? kalau ada, berapa bonus aku dapat? tak sampai sebulan lagi aku berkhidmat. ermmmmmmm.... tanda tanya ni?

tapi, tadi pegi bahagian kewangan hantar dokumen yang tak lengkap untuk claim lapor diri dan hari pertama lapor diri kat poli KK. tanyalah bro tu, bila agak-agak duit masuk untuk claim. dia cakap, insyaallah sebelum raya nie. berbunga hati. yea ada duit raya. walau tak banyak, tak pelah sekurang-kurangnya ada kan.

Ya Allah, moga-moga ada berita gembira untuk ramadhan dan syawal ini. amin.....


Sunday, August 7, 2011

memulas dah dia...

tepat jangkaan mimi.. perut memulas amat waktu sahur. memulas dia lain macam sangat. sakit. macam nak beranak pulak rasanya. so, fiber ni tak tepat pengambilannya sewaktu dibulan puasa.

sampai kat opis pukul 7.15am. sempat pegi class bakery untuk assist kak amy. cukup pukul 9.30am perut buat hal lagi. nasib baik sempat abis class. hari ni lebih kurang 3 kali ke toilet. tapi malam tadi, buang air kecik yang kerap. dekat 7,8 kali rasanya.

rasanya boleh kurus dengan fiber nie. tapi dinasihatkan kepada wanita-wanita yang mengambil sebarang medicine, supplement or whatever things in order to reduce weight, u have to take lot of plenty water due to avoid kidney problem. if u realize, there are many women out there suffer this kind of problem. beware yea...

dehydrated for whole day. very tried. another 30minutes to 4.30pm... can't wait to be at home. and cant wait to watch kasih alia..


perjalanan ramadhan

alhamdullilah sudah 7 hari aku menjalankan kewajipan dibulan yang mulai ini. segalanya berjalan lancar. maklumlah berbuka awal kan. pukul 6.30 petang dah buka so, tak terasa sangat dinding perut ini di attack oleh gastric juice.

menu hari ke 7 nie kueh tiew kung fu.. berkungfu aku dan mimi nak habis kan. alhamdullilah, rasa ok lah. mimi cakap macam makan kat kedai. ehehehe, menjadi eden masak. esok macam nak buat mee basah. tadi kami tengok rancangan 5 rencah 5 rasa. abg chef hansome tu buat pengat pulak. pengat pisang + strawberry + keledek + ubi apa tah satu lagi tue. terliur aku tengok. macam nak buat pengat keledek jea. hari rabu da class kat Telipok nanti nak beli barang-barang kat sana lah untuk masak. sayur-sayur kat sana segar compare kat giant. harap angan-angan nie berjaya.

semalam kuar dengan mimi. ingat nak berbuka kat tepi pantai. tapi takde parking pulak. mimi cakap, kat sana da satu kedai yang jual jus mangga pekat. ala-ala big mug kat depan Plaza Alam Sentral gitu.. sedapnya. tapi, takde rezeki. so, kami ke One Borneo Shopping Mall. makan kat secret recepi. aku ambek chicken grilled with black pepper sauce. tapi, tak sedap pun. buat sendiri lagi power. nak buat steak kat bucuk i lah nanti. bagi dia gemuk skit.

cakap pasal gemuk nie. after married, i gained weight lah. increase bout 3 kg. frustrated. mimi has suggested me to try fiber. forgot what brand it is. i just tried that one. based on her experienced i'll having frequently visit to toilet during sahur nanti. i dont want to be a skinny women, but my desire is to flatten my tummy. hopefully it works.

k lah, nak solat isyak, terawikh persendirian and nak baca yassin dalam bilik nie. sebab im ready to sleep alone. before this i sleep together with mimi in her bedroom. i want to be a strong wife!!.. go huda go....

ribut

masih segar lagi diingatiku (eceh, ayat aku tak boleh blah), malam yang aku tinggal sorang-sorang tue. mimi balik ipoh sebab iring student ke Masterskill untuk ambek hadiah depa menang pertandingan cipta product dari waste product. cantik gak aku tengok, ada wallet, table lamp, and etc.

4 hari mimi balik semenanjung. satu malam tue. tak silap aku, sabtu malam ahad kot. aku on labtop, buka ayat quran sebab dok sorang kan. kan tak biasa lagi. lama jugaklah ak dapat tido tue. bila dah lena tue, tetiba terjaga lah pulak pukul 2 pagi. sekali nampak gelap jea, ayat quran pun x kedengaran. HABIS black out rupanya. berdebar semacam dah aku nie. angin kat luar kuat giler. kat sini angin dia semacam memang kuat giler. kertas yang mimi tampal kat sisir angin tue macam dah nak terkoyak.

macam-macam dah aku fikir nie. sebab pelbagai bunyi muncul, benda bukan-bukan jea aku terbayang. padahal bunyi tue datang dari angin kuat kat luar. aku dah terbayang kalau da benda pelik-pelik aku nak nyorok dalam almari. almari dia besar memang muat lah aku nie. aku tutup muka, lemas pun da. tapi ignore jea sebab rasa takut tue lagi banyak.

rasa nak call kak syikeen suruh ambek. tapi giler apa pukul 2,3 pagi nie nak kacau orang. nak call husband macam takut pulak kalau bercakap dalam gelap gelita nie. aku tarik nafas, fikir positif, untuk melawan perasaan yang tah pape nie.

'kalau Allah nak ambek nyawa aku skang, skang lah jawab. hidup mati semua Allah tentukan'. AKU TAKUT!!!!.

dalam sejam berlawan dengan perasaan dan keadaan aku terlena sendiri. balik-balik, pukul 6 pagi aku bangun. matahari dah nak naik, baru nak solat subuh.

dalam pukul 10 pagi tue call husband gitau dia. dia gelak jea. sebab aku cakap nak nyorok dalam almari. nak buat macam mana bang, awak takde kat sebelah saya. nasib badan la....

skang kena beranikan diri. nanti dah ada anak macam mana? ummi dia takut sangat pun tak boleh...