Pages

Friday, June 24, 2011

NEKAD

takkan toleh ke belakang lagi....

what is past is past...

setelah berbincang, inilah keputusan yang aku buat.

mereka semua bersetuju. ini yang terbaik...

julai oh julai

tiada kesabaran lagi untuk menanti Julai nan indah....

semuanya akan berubah...

wahhhhhh, kehidupan yang teramat ku nantikan....

gembiranya hati bukan kepalang apabila mendapat berita itu...

didalam gembira pasti ada kesedihan..

itu tidak mengapa, pasti ada rahmat disebalik..

mungkin kasih sayang kami akan makin utuh...

Tuesday, June 7, 2011

suprise!!!!

aduh aiii semalam, dah lah tercium kete orang. tapi, alhamdullilah takde kemek atau calar. aku dah cuak dah.... dah la kejar masa nak balik umah. rindu dekat husband konon nya..

dlm perjalanan tue, husband call. tapi x sempat nak angkat.. tak lama lepas tue, dia send mesej

'ayang balik umah, makan jea. abang dah siap masak'.... ohhhh, i love u la cayang... u memang terbaek!!! kasi up skit husband sendiri... so, far alhamdullilah husband aku nie kira consider and tak berkira la orang nya. hopefully sampai ke tua la macam nie yea.

biasa nya balik umah dia dah siap masak, dah siap kemas umah. kadang-kadang siap mop rumah lagi... power kan dia????? eheheheheh... muah muah muah cayang abg.

lepas baca mesej dia tadi, terus call...

ayang: abg masak apa?
abang: cubalah teka, yang penting bukan nasi nanti ayang gemuk
ayang: kuew tiew goreng?
abang: bukan, teka lagi
ayang: mee basah, mee mamak, mihun goreng, mee sup.
abang: semua salah, ayang pikir, dah sampai umah gtau apa yang abang masak ok...
ayang: ok... bye!

apa lah dia masak tue.... ermmmmmmmm thinking....

dah sampai umah, terus tuju dekat meja makan. eh, ada toger, tauhu goreng, ayam goreng rempah yang dah dicarik, timun, bawang goreng. ha, mee kari....

tahu sebab tengok kari ada dalam periuk, tengah panas lagi... oh sedapnya...

salam dia, cayang skit pastu g mandi..

ok.. masa untuk makan...

sedapnya... nyum nyum nyum...

abang: ayang tau kenapa abang buat mee kari hari nie??
ayang: ermmmm, sebab kita dah sebulan kawen kan? (sambil senyum)
abang: a'ah.. dah sebulan kan.... tak sangka... alhamdullilah...
ayang: abg, thanks sebab prepare nie, dah ingat... 'debar hati mak nak'...


lepas dah makan. solat maghrib pastu ada tazkirah pendek skit, kenalah saling beringat sebagai suami isteri kan...

ingat nak tunggu isyak, tapi air sembahyang dah batal.. tersentuh pulak... biasalah pengantin baru kan...

malam tue jugak tengok cerita AKU TAK BODOH...
the movie very nice... terbaek...
dia pun suka....


abang, I LOVE U!!!!



Tuesday, May 31, 2011

pahit dan pedih...

pahitnya 23 Mei lepas...

lutut ku longgar, berbalam-balam pandangan...

air mata tanpa henti,

tak mampu untuk berkata-kata.

orang disekeliling membantu.

ada yang hanya sekadar tengok dan bersimpati.

aku meraung meminta tolong, tiada apa mampu dilakukan.

mengucap, ingat tuhan. itu yang terbaik..

kenapa jadi macam nie?
apa puncanya?
kenapa dia?

jangan disoal ini ketentuan tuhan. pasti ada hikmahnya....


mungkin ini ujian untuk yang leka seperti kami


tak semua tahu apa difikiran ini, apa yang dirasakan ini.


tak perlulah disiarkan, dihebohkan. apa yang lepas, lepas lah...

saat itu masih bersisa di kepala ini, mungkin trauma nya masih ada.


ini dugaan bagi kami yang 14 hari sah sebagai suami isteri...


moga, doa kita dan keluarga dimakbulkan.


ouhhhhh

alhamdullilah... aku dah kawen... oyeeeee.... rasa satu bebanan yang selama ini dipegang akhirnya dah hilang... segala kerungsingan dah terurai...

aku dah buka buku baru, buku yang cover page nye berbeza... buku nie bukan aku sahaja yang miliki.. tapi, dia juga ada bersama...

indahnya bercinta saat muda. lagu nidji..
rasa nya lagi indah berkahwen saat muda... eceh, mentang-mentang dah kawen kan?

segala perkara nak buat bersama. kita share yea bang, takde rahsia. manis kan??? diharapkan manis ni sentiasa bersama, pahit, masam, masin, tawar itu mesti ada... barulah complete kan? tapi, biarlah manisnya yang pekat.

teringat sewaktu merajuk padanya. taknak disisinya sewaktu tidur. aku berpindah ke sofa ruang tamu. cuba ku lelap. tapi tak boleh. ego keras mengatakan biar dia tido sorang. cuba ku paksa mata ni. tak mahu jugak dia tido. pandang keluar tinggap nampak pokok mangga besar. pukul 2 pagi waktu tue. tiba-tiba terbayang hantu baju putih, rambut panjang bertenggek diatas pokok. aduh, cancel!!!! tukar port lain pulak, asal bukannya tido di master bedroom.. merajuk katakan.

berpindah pulak ke bilik kedua. nak tido di atas katil single. cuba bayangkan sewaktu bujang dulu. argh, bila baring diatas cadar merah, makin bertambah menyala lagi api kemarahan ni. pusing kiri, pusing kanan. makin gelisah...

berdosanya aku pada suami. biarkan dia tido bersendirian. aku tau dia pun tak lena. setiap beberapa minit dia berubah kedudukan. bila rasa bersalah baiklah kita dekatkan diri pada tuhan. tak perlulah ikut perasaan hati. bila benci ada didalam hati semuanya nampak hitam, semuanya nampak busuk, semuanya nampak buruk. walaupun dulu semanis kurma, selemak susu, selembut sutera.

aku berwuduk, tunaikan solat taubat.. ingat ku lelap bersama telekung dan bertilamkan sejadah. namun, masih tak dapat tido. skang dah pukul 3 pagi. apa masalahnya lagi. pakaian agama dah dilipat, sejadah dah disusun.

RASANYA PATUT KEMBALI KEPADA SUAMI..

perlahan-lahan, naik atas katil. baring disebelahnya. aku alihkan bantal yang jadi penghalang antara kami. maklumlah dah merajuk, 2 bantal aku buat jadi sempadan. muka suami aku tatap, hanya berapa minit diperlukan aku terus lelap. tenang nya hati menatap wajahnya ketika tidur..

ITULAH MANISNYA PERKAHWINAN INI....

maafkan isteri mu yang terlalu cepat melenting, sensetif terlebih bang.... tapi, makin hari, makin sayang..

INDAHNYA BERKAHWIN SAAT MUDA!!!! (tapi, takdelah muda sangat usia aku waktu kawen nie)... eksen je lebih. eheheheheh.....

Thursday, April 21, 2011

sekejapnya masa

alahai lagi 2 minggu jea lagi....

DEBAR HATI MAK NAK!!!!

misi berjaya!

lepas penat mengobek harta-karun aku. akhirnya jumpa jugak benda yang dah berkurun disimpan dan ianya masih selamat. soft copy slide aku yang hampir berusia 6 tahun dah jumpa. eeeeeehaaaaaaaaaa.....

slide ni takdelah penting sangat, tapi aku nak bg kat students dibawah seliaan aku untuk buat slide next week presentation. depa kena buat slide untuk report latihan industri. masing-masing muka blurr bila suruh buat slide.

'nak buat macam mana miss? saya tak faham la, saya tak pernah masuk department nie? susahlah...' Aiiii, ikutkan hati ada gak kena sengkeh kang. sikap malasnya dah nampak dah. ko, tak buat apa pun, tapi dah bagitau susahlah. tak boleh lah. tak pernah buat la. PANTANG BETUL!!!

so, dengan contoh slide aku dulu, aku harap depa boleh guna akal sikit untuk bergerak dan buat yang lebih baik... students ku tersayang, tolonglah permudahkan pensyarahmu ini....