Pages

Friday, December 31, 2010

meletop

pelbagai color dan feshenbunga api yang aku tengok dari rumah ni...menarik dan
MEMBAZIR.....

well done!!!!

part time

aku masuk tahun baru ni busy ler jawabnye.. eceh, baru nak stat busy sikit dah kecoh.. takpe ler ni kan blog aku uhuhuhuhu....

citer nye macam nie, aku buat part time stat 3 januari ni (senin). jadualnye:
  • isnin: 7:45 p.m- 9.00 p.m
  • selasa: 9.00 p.m- 10.15 p.m
  • rabu: 7.45 p.m- 10.15 p.m
  • khamis: 7.45 p.m- 9.00 p.m
  • sabtu: 2.00 p.m- 7.00 p.m
total: 8jam seminggu....

aku kena kerja keras. si panjang boleh buat, so, aku pun mesti boleh. tak boleh nak pikir senang je... yang penting usaha dan ikhlas barulah hati senang walaupun kena kerja 100jam pun..

skang dah stat study balik benda-benda yang belajar time sekolah dulu. aku kena ngajar beberapa subjek:
  • science form1
  • science form2
  • science form3
  • sejarah form4
  • sejarah form5
  • geog form4
  • geog form5
  • science year6
Huda boleh, go go go!!!!!!! phewitttttttt

tahun baru????

oh... 2011 hampir tiba!!!!! baju baru takde, takpe ke???? bila menonton di tv begitu gah dunia meraikan tahun baru terus teringat baju baru. macam nak raya pulak..

kenapa tahun baru calendar* kaf alip fa ya rho* sambutannya hangat berbanding, 1 muharam??? saya lihat diri saya sendiri, saya terlepas untuk berdoa akhir tahun dan doa awal tahun pada 1 muharam yang lepas.. adakah terlalu leka dengan mainan dunia????

saya perlu muhasabah diri saya....moga Allah mengingati saya yang sentiasa lalai ini...

doa saya untuk tahun baru ini:
  1. mohon kepada ya rabbi untuk kebahagian dan keredhaan keluarga saya berpanjangan.
  2. rahmati hubungan saya dengan si panjang, mudahkan perjalanan kami untuk mendirikan masjid.
  3. semoga rezeki yang kami perolehi sentiasa dalam keadaan halal, diberkati dan diredhai oleh Allah.
  4. semoga saya dapat perbanyakkan amal ibadah dan kurangkan kemungkaran.
  5. semoga segala dosa yang lepas dapat dikurangkan..
bila direnung kembali, sebenarnya banyak lagi yang saya nak... hajat untuk hal duniawi memang banyak sangat tak terkira, yang penting keredhaan Allah yang satu...
Ya Allah bawalah aku kejalan yang benar, AMIN....

pot pet pot pet

aku ni serabut lah dengan orang yang terlalu banyak cakap. especially, yang bagi effect besar kat aku. contoh, time aku concentrate membaca atau menonton ke, time tu lah sibuk nak bercerita dan nak menanye, tengok muka aku yang macam layan tak layan ni pun tak paham-paham lagi...kalau buat tipu-tipu tido kang macam melampau sangat.

nak je aku cakap:
dek, sini bukan kaunter pertanyaan..

tapi, kompem la aku tak cakap macam tu..tak sampai hati.... hati tak cukup besar untuk berbuat demikian... tadah ajo lah telingo den....

chipsmore

eden ni macam beskut chipsmore dah. sekejap ada, sekejap lesap terus... nampak sangatlah den bukan orang yg consisten, ermmm sendiri mengaku takleh buat apo lah.

bila da mood nak berblogging ni ada la entri 1,2..kalau tak, hampeh lerrr.. itulah dia mamalia yang bernama Huda..

kat sini den nak letak lah seketul gambar den, boleh kan???? ala seketul je, xmakan space banyak pun. inilah saya, cik Huda

dan tunang tersayang, si panjang.... lob u lob u eheheheh(gatai na)


Monday, August 16, 2010

sakit

sakitnya gigi ni. tak tahu sebab apa.. mungkin sebab ulcer yang muncul di hujung mulut, berjiran dengan gigi geraham.. sudah hampir seminggu keadaan saya macam ni..

setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. mungkin mulut saya ni celupar sangat kot. sampai ke gigi rasanya...

ubat yang rozie bagi saya dah cuba, dapat lah legakan sikit sakit ni. tapi, ubat tu pakai waktu malam. kalau time keje confirm saya drive sampai tutup mata...

ermmmm....sakit nya :(

BENGANG!!!!

17.08.2010... hari yang sangat-sangat mencabar.... kesabaran saya dah menipis seperti kulit telur, apabila diketuk pecah lah ia, kalau tambah bawang, cili, garam dan sedikit mayonnaise jadilah telur dadar Shiela Rusli... sedap pulak rasanya :p

bersabar, bersabar, bersabar. 'huda, ko kena banyak bersabar, nanti kena darah tinggi, macam mana? muka pun cepat kerepot'.. tarik nafas dalam-dalam.... armmmmmmmmmmmm huh....

saya ni cepat je bengang, kalau hari ni puasa mesti pahala puasa sikit sangat kalau dapat 1 pun dah cukup bagus.. budak-budak DHC 3E2 ni membuatkan darah saya menyirap..

tapi, pagi-pagi tadi saya dapat berita gembira... moga-moga saya berjaya nanti dan segala urusan saya dipermudahkan.. Amin Ya Rabbal Alamin....

teruskan tarik nafas sedalam-dalamnya untuk melegakan cetusan gunung berapi dalam diri saya ini, kalau dibiarkan pasti rentung satu badan...

Sunday, August 15, 2010

hari ke-3 di HKL

sama macam hari sebelumnya.. saya menghilangkan diri dari opis seawal yang mungkin.. hari ini kemungkinan dia akan operate sebab semalam dia puasa..

hari ni 1 julai 2010, saya tiba di HKL seawal 8.30 pagi... ermmm, walaupun sampai awal tapi parking still full. kena lah park jauh sikit but still in HKL terrritory...

sampai jea di ward 5E, saya tengok si panjang tengak khusyuk buat sudoku... pagi tu, dia ceria seperti selalu...

kami menghabiskan masa bersama-sama, main sudoko dan berborak... saya cuba guna masa yang ada sebaik mungkin... mana lah tau nanti tak berkesempatan nak berborak macam ni... dia ceria seperti tak ada sebarang masalah. kalau nak tahu, si panjang memamg macam tu, dia orang yang paling-paling positif yang pernah saya jumpa...

saya ada tanya dia. 'apa perasaan abang sekarang? hari ni may be dah boleh masuk Operation Theater, abg betul-betul dah ready ke?'... seperti biasa dia senyum, 'Insyaallah' katanya...

dari pagi, sampai ke petang saya dihospital, saya tak balik ke opis pun untuk thumb out. lantak lah, hari ni hari penting saya dan dia. moga dia selamat..

dah pukul 6 petang ni, jadi ke tak dia operate hari ni. tak kan nak postpone lagi?? perasaan saya sekarang resah, perasaan dia?? saya tak tahu..

sekarang pukul 7 petang, depan ward kami ada 1 stretcher, atas nya siap ada fail pesakit yang tertulis nama si panjang. oh!! adakah??

misi datang, bagitau suruh bersedia sebab dah nak masuk OT.. si panjang tiada di ward dia baru siap mandi, dan tengah solat maghrib. katanya 'abang nak mintak permudahkan segala urusan hari ini, semoga semuanya selamat'...

8.00 malam dia siap berpakaian putih yang khas untuk operate, saya dan misi yang bertugas bergerak ke OT bersama dia yang sedap-sedap jea berbaring di stretcher..

sampi di bilik operation saya dibenarkan masuk sampai di satu bilik pertukaran. bilik tu adalah line merah, saya tidak boleh melepasi line merah tu.. si panjang telah bertukar stretcher, saya makin berdebar... segala butiran dibaca, kami mengesahkan kembali tandangan persetujuan untuk operation ini.. saya menjadi saksi. terasa sangat aneh, kemudian, doktor meminta nombor telefon dan bertanya' ada apa-apa yang nak cakap, sebelum operation bermula'... alamakkk, airmata bergenang, saya hanya mampu angkat tangan.. sebab saya tak mampu, air mata pun dah menitis...

si panjang sempat berpesan..'sayang doakan abang selamat' Ya Allah, seperti mahu pitam, hanya mampu senyum sampai air mata berlinangan....

pukul 8.30, kakak kesayangan nye sampai selepas sms dihantar beberapa minit sebelum dia masuk ke OT, saya dah inform kepada semua ahli keluaganya.. mereka tak dapat datang kerana sebab-sebab tertentu.. mesti maknya tak senang duduk maklum la anak kesayangannya sedang bertarung nyawa... saya dan kakaknya, menunggu.. baca yassin, solat hajat dah dibuat.. tapi operation masih lagi berjalan.

pukul 10.30 doktor keluar dari OT, kami terus bertanya macam mana situasi si panjang? doktor kata 'oh, pesakit dah dibius, dia cepat react, skang operation dah start'... huh, lega rasanya..

pukul 11 lebih, sorang lagi doktor keluar... kami tanya lagi.. doktor tu cakap 'kulit kepala dah bukak, mungkin tengah pasangkan plate skang'.. dalam sejam mungkin operation siap.. selepas sejam, keluar lagi doktor lain.. kami tanya lagi... katanya 'dah closing dalam setengah jam siap la, tapi kena observe dulu baru pesakit keluar dari OT, dia ok..jangan risau'.. lega sikit rasanya...

pukul 1.00 pagi si panjang dah keluar.. tapi dia masih mamai maklumlah under bius lagi kan..

tapi, sedih sangat tengok muka dia.. bibir dia bengkak, darah kering dekat kepala dan telinga, sebahagian kepala bertampal, bernafas dengan gas oksigen.. sayu nya hati ni...

semoga dia selamat dan tidak lupakan saya... kami bawanya ke ward bersama dengan 2 misi laki-laki... pukul 2.30 pagi saya nak pulang ke maluri...

sebelum gerak balik.. saya bisikkan pada si panjang 'abang kena kuat, esok ayang datang bawa breakfast'.. dia pun balas 'baek punye'.. ya Allah sempat lagi tu... sikapnya begini lah yang menawan hati saya...

Friday, August 13, 2010

hari ke-2 di HKL

pagi-pagi lagi saya dah cabut dari opis.. ikutkan perkiraan, hari ni lah si panjang nak operate. huh, takutnya saya... tapi, saya tengok dia relax jea... baring-baring pastu interview semua orang dalam ward tu.. siap main sudoko yang saya belikan untuk dia... tapi biasanya kami akan buat sudoko bersama-sama.. saat-saat yang indah.

hari ni dia puasa, saya makan sorang-sorang jea, makan roti pulak tu. tapi kenyang jugak mungkin sebab tengok muka dia :p...

pukul 6 petang misi datang, dia cakap: 'hari ini xperlu puasa, operation cancel sebab first case tak settle lagi so tak sempat nak buat second case, even that day hanya ada dua case sahaja. first case baby yang ada masalah tumor dan si panjang. dia apa lagi terus buka puasa, macam orang kebulur sebab x makan apa-apa dalam 18 jam.. kesian pulak..

operation postpone kepada hari khamis, tunggu lagi dan risau pun bertambah la...

maluri - HKL

29 Jun, pagi selasa, saya ke opis, thumb in kemudian pantas menuju ke work station, buat-buat kemas barang, ambek fail buat-buat macam sibuk sangat-sangat.. angkut fail bersama dengan barang-barang penting yang lain, saya mahu cabut ni, nak g HKL.. kena la tengok line dulu, aha!!! clear... alhamdullilah :p...

saya dan NBG pun ke HKL la... hari ini si panjang masuk ward. ermmm, dup dap debar saya. sampai HKL, saya park NBG, pastu cari klinik kaji saraf, nasib baik tak jauh sangat dari tempat parking.

eh, budak panjang dah botak, muka dia macam buruk sebab takde rambut ehehehe... saya tengok dia selera je makan nasi ayam yang tak berapa menarik di kantin HKL. saat-saat macam ni pun sempat kenakan saya. waktu tu kakak-kakak dia semua ada.. diorang semua risau mungkin serisau saya...

lepas si panjang check up, misi cakap: 'malam ni awak dah start puasa, pukul 12 malam dah tak boleh makan' ermmmm... x pernah lagi saya puasa macam tu.. saya lepak la kat HKL sampai malam, teman kan dia, maklumla semua kakak-kakaknya dah balik, saya yang paling dekat jadi biarlah saya yang teman...

pukul 9 malam saya gerak pulang ke Maluri, esok saya nak keje dan esok juga saya kita akan berjumpa lagi yea si panjang...

saya penat sangat... :(

lamanya x update

dah berapa kurun yea saya tak update blog ni?? lama rasanya.. dari uban ada 2 urat smpai jadi 20 urat.. sebenar nya malas pun ada :p.. kepada follower saya yang sorang tu, jangan nak gelak... nanti kena sengkih..

saya ni dah jadi macam YB, busy sana sini... adik saya daftar saya menyibuk, budak panjang masuk hospital saya lagi menyibuk: hari-hari ulang alik ke HKL, kadang-kadang tido sana.. jap lagi saya citer apa saya buat kat hospital k... keje saya heba,t misi pun x berani macam saya :p

Sunday, June 27, 2010

best weekend

seronok sangat, family turun KL.. even, x semua yg turun, half of them jea.. tapi best, aku memainkan watak sebagai tourist guide.... tapi tak banyak tempat pun kami lawat... antara tempat-tempat yang sempat nya:

1. tasik shah alam (berkelah, makan durian dan bekalan yang ma bawa)...sedapnyaaa...
2. batu tiga (tempat berteduh, ini bukan kes naik motor pastu hujan, then kena benti berteduh sementara hujan reda...)
3. i-city (proses mengenal warna... samapi naik pening kami)
4. uitm (hantar adik, tiru aku lah tu.. aku masuk uitm dia pun nak uitm :p )
5. tesco (shopping barang budak nak duk hostel)

perasaan skang: sedih, sebab sunyi.... doirang dah balik... tapi esok nak pegi hospital....
berdebar lah pulak. harap-harap semua nya selamat. amin.........

ermmmmmmmmm

perangai aku ni kan kadang-kadang kebudak-budakkan...
ntah bila nak berubah ni..
mestilah orang lain tension..
sorry lah weh.. nak buat cana... :p

Wednesday, June 23, 2010

susahnya....

bila aku baca balik semula entry yg telah dipost kan... aku rasa mcm sengal gile cara penulisan aku ni... aku akan cuba improve... slow-slow la kan... mungkin sapa-sapa ada tips boleh la share dengan aku... aim aku, aku nak blog ni nak simple je... xde ayat-ayat yang boleh peningkan readers, and xnak la dia nampak macam tah pape...

buat permulaan mmg nampak sengal gile.. sapa-sapa kutuk aku x kisah... aku admit... sila beri tunjuk ajar....

:)
:))

Monday, June 21, 2010

abang-abangku

abe dan abe die, 2 orang abg yang suka buli aku... memandangkan jantina kami berbeza.. aku selalu kena buli. bila derang ada projek, mesti senyap-senyap je xnak sampai aku tahu... kalau aku tahu mesti aku nak ikut.

satu hari tu, aku dapat tahu derang nak g jerat ayam hutan. aku dah ready dengan uniform yang sepatutnya.. dieorang frust la sbb tahu.. kalau x bagi aku ikut aku report sama ma.. so, nak x nak kena la bawak (yes, boleh ikut)....

tapi aku telah dikenakan syarat... aku kena bawa semua peralatan dan barang-barang keperluan. Derang, ikat kan parang panjang kat pinggan aku... hujung parang terseret kat tanah (ohhh betapa keciknya aku masa tu), kena bawak sebekas buah sawit utk dijadikan umpan, bawak tali (benang tebal utk jerat, serta bawa air utk minum. semua barang aku bawa.. derang melenggang dengan tangan kosong... nak buat mcm mana, terpaksa la dah nak ikut sangat kan....


sampai dekat port yang aimed tu... aku kena duduk jauh-jauh, dah la kena meniarap, alasan: kononnya nanti ayam nampak, nanti ayam lari xnak makan umpan. derang 2 orang pun set la jerat tu... letak umpan, buat ikatan jerat... tah berapa lama kami tunggu baru ada ayam. aku dari jauh x nampak sngt... nak bercakap pun x berani, takut kena marah. x lama lepas tu ayam dah masuk jerat....punya lah happy aku cuba-cuba utk pergi lagi dekat. waktu tu abg-abg aku tgk sibuk nak buka ikatan kat kaki ayam tu...

tapi..... tanpa disangka-sangka, sebaik saje ikatan dibuka ayam tu terlepas... derang cakap, ayam terkejut sebab tengok aku... alih-alih aku jugak yang kena... ala, cakap je xnak bawak aku utk next projek.. tapi xpe, aku x gentar.. aku tetap akan ikut korang.... :p




MULA BERPINDAH

setelah beberapa tahun tinggal dihutan.... ma dan ayah decide utk pindah... pindah ke perkampungan yang ramai orang (xde la ramia sngt may be waktu tu da dalam 20 biji rumah).... dengan ehsan dari tok sedara belah mak, kami telah membina rumah ditanah beliau.... ayah bina sendiri... cari pokok balak kat hutan: ayah tebang, potong kepada bahagian yang boleh dibuat tiang, dinding... kemudian ketamkan kayu-kayu tersebut... banyak lagi ayah buat... aku pun x ingat....

sesi pembinaan bermula... bila dah siap rumah tu, sangat-sangat gembira sebab ada rumah baru, walaupun rumahnya kecik je... rumah pun xtau nak define theme apa yang ayah buat sebab macam-macam bentuk kayu ayah guna... ala-ala tampal pun ada jugak... cukup-cukup utk tido, mandi, makan dan benda-benda wajib yang lain....

waktu bina tu ayah xde upah sapa-sapa pun... buat sendiri, pastu 2,3 org yang tolong macam atok, dan jiran....

x ingat dah berapa lama ayah ambek masa utk bina rumah tu... rumah tu kekal sampai sekarang... ayah tambah sikit-sikit... dah x tau fasa keberapa rumah tu... lepas bina sana, bina sini pulak... itu lah hasil creativity ayah aku........

ayah sangat hebat!!!!!!!

Saturday, June 19, 2010

KERJA AYAH

waktu tinggal di Bukit Merah (rumah pertama kami yg terletak dihutan)... ayah berkerja di estet... seawal 4 pagi ayah akan keluar bekerja... sewaktu tu aku x lahir lagi... biasanya selepas ayah ke estet... ma akan bersama abe... time2 macam ni la ma cakap en.tiger akan mundar mandir bawah rumah.... ma akan peluk abe dalam bilik (abe masih baby lagi masa ni)... xnak bg abe nangis sbb takut en.tiger detect da pemangsa ada berdekatan beliau... saat2 ni mmg cemas...

bila langit cerah sikit, ma mandikan abe, bagi susu, dan tidor kan dia.. pastu cek tengok line clear x...kalau clear ma turun keliling rumah utk petik tanaman yang boleh dibuat lauk utk makan tengahari dan malam.

pada waktu petang ayah akan pulang dr estet... lepas asar ayah akan sambung bercucuk tanam sambil tengok jerat yang dibuat, dapat habuan atau x.... bila senja je..ayah akan nyalakan api kat depan rumah utk elak gajah dekati rumah kami.... bab2 survive ni xde masalah la...

HEBATKAN MA DAN AYAH SAYA???????

HUTAN

hutan adalah tempat paling tenang... pengalaman ketika tinggal dihutan adalah satu perkara yang paling indah...walaupun sewaktu itu usiaku dalam 3,4 tahun. bersama ayah, ma, abe n abe die... kami berumah di dalam hutan...hanya kami yang tinggal disana...

5,6 miles away from people... n a great experienc is when we have tiger, elephant, and other wild animals as our neighbor... tapi bulan puasa xde la bertukar juadah...

ingat lagi... bila ayah tanam ubi, pisang, pokok getah... esok nye gajah cabut... lusa ayah tanam semula...ayah tanam sampai gajah give up utk cabut... skang pokok getah tu dah tua... susu pun dah x bnyk...rasanya usia pokok getah lebih kurang abg yg sulong...26tahun rasanya...

kami masa kecik2 selalu makan tumbuh-tumbuhan je... kenapa yea???????


1. kalau nak makan ayam bandar, mahal. jauh pulak tu nak keluar utk beli ayam.

2. kalau ikan laut (kembong, uji rashid, pari).. xde fridge (xde sumber letrik), mana nak simpan lebihan. kalau nak simpan dlm tempayan bersama garam (pekasam) x sedap. sebab ikan laut.. kalau beli sikit x berbaloi sebab pasar jauh.

3. biasa makan pucuk ubi, ulam daun serai kayu, petai, pucuk paku, pucuk nidi (pucuk paku color merah), kulat sisir, pucuk labu.... huh sedapnya.....

4. pastu makan ayam hutan... ayah sambil2 bercucuk tanam, akan buat jerat ayam hutan... kadang2 kami makan binatang hutan yang halal.... rasanya dah macam2 jenis binatang dah makan ni.... xperlu lah dimaklumkan jenis2 binatang tersebut...

5. waktu tinggal kat hutan ni...ma mencipta pelbagai jenis maaskan bergantung kepada ingredients yg available la... ma menjadi ibu yang sngt2 creative....


terasa sangat rindu dengan kehidupan lama... walaupun waktu tu sngt2 susah... tapi ma dan ayah tetap bersama...saya bangga dengan ma dan ayah.....

JUST BEGIN

tetiba rasa gedik nak tulis blog...
ni permulaan....
rasanya x selalu update ni..
but it'll be a place to express my feelings....
besides, share on my past stories...
hopefully it can works la..
let's doin....
:p
:)
:))