wah, dah pukul 1pagi. kenapa taknak tido lagi nie? kemain aktif lagi aku malam nie. tak rasa mengantok, nak menguap dan sebagainya. ikut kan hari ni penat gile. hari ni aku pose tapi tak sedar nak bangun sahur. biasanya, pukul 5pagi aku bangun la, masak untuk sahur. masak yang simple-simple aje, asal lepas tekak ni telan. tapi, pagi tadi tak sedar. nasib baik semalam dah niat puasa.
ingat tak jadi nak puasa. sebabnye, aku cirit pagi tadi. sampai opis, perut buat hal. asyik-asyik nak ke jamban jea. dah membuang, dia rasa pedih pulak. seksa no. dengan berkat kesabaran aku. lepas la puasa hari ni. alhamdullilah.
berapa hari lagi ek puasa ganti aku ni? lupa lah. rasa macam 6 hari lagi. 3 hari aku dah ganti so, tinggal 3 hari lagi. tapi betul ke 6 hari????. takpelah kita buat lebih. buat 8 hari ke. biar lebih asal jangan kurang.
time belajar dulu selalu jugak aku puasa sunat isnin dan khamis. skang hampeh!! yang nak kena ganti pun lambat jea. lepas raya sempat jugak puasa 6. tu pun dah hujung syawal. pastu stop.. dua, tiga bulan lepas tu sambung balik puasa. dapat buat 5,6 hari, then stop balik. pastu, ni baru nak sambung balik. pemalas betul la aku. bila la nak habis nye???
No comments:
Post a Comment