Pages

Thursday, April 21, 2011

sekejapnya masa

alahai lagi 2 minggu jea lagi....

DEBAR HATI MAK NAK!!!!

misi berjaya!

lepas penat mengobek harta-karun aku. akhirnya jumpa jugak benda yang dah berkurun disimpan dan ianya masih selamat. soft copy slide aku yang hampir berusia 6 tahun dah jumpa. eeeeeehaaaaaaaaaa.....

slide ni takdelah penting sangat, tapi aku nak bg kat students dibawah seliaan aku untuk buat slide next week presentation. depa kena buat slide untuk report latihan industri. masing-masing muka blurr bila suruh buat slide.

'nak buat macam mana miss? saya tak faham la, saya tak pernah masuk department nie? susahlah...' Aiiii, ikutkan hati ada gak kena sengkeh kang. sikap malasnya dah nampak dah. ko, tak buat apa pun, tapi dah bagitau susahlah. tak boleh lah. tak pernah buat la. PANTANG BETUL!!!

so, dengan contoh slide aku dulu, aku harap depa boleh guna akal sikit untuk bergerak dan buat yang lebih baik... students ku tersayang, tolonglah permudahkan pensyarahmu ini....


Tuesday, February 22, 2011

aku bajet punye orang!!!

aku bukan bajet lawa or bajet bagus... aku bujet pasal duit nie.
si panjang selalu ingatkan aku 'ukur baju di badan sendiri'. aku ingat sampai bila-bila.
orang nak kata aku kedekut, berkira, save sangat. lantak pi ko lah. ada ko nak bantu aku? ada bagi duit dekat aku? takde kan? yang ko tahu nak mengomel sana sini. SO, DIAM!!!!

semua orang ada cita-cita dan impian sendiri. semua orang nak yang terbaek. semua orang nak ok!.
tapi, tengok keadaan lah weh. kalau ko berkemampuan boleh la. kalau takde, ko nak paksa diri macam mana lagi kan? ambek jelah apa yang ada.

endahkan sajaleh skang nie. buat hal aku jelah. malas aku nak layan kaki-kaki komen nie. macam dia terbaek jea! KO BAGUS SANGAT KE? tak kan? banyak benda kat dunia yang boleh dijadikan ukuran.

huh, apasal aku emo sangat nie????

Friday, February 18, 2011

macam nak mati

hari ni penat giler. tentatif aku untuk tadi.
  • aku siapkan soalan tuisyen. esok tinggal nak photostat jea. ingat mintak resit pastu boleh claim.tak tau la bape hingget yang kena ni. kopak lagi lah purse aku nanti.
  • jaga budak exam. start pukul 3pm til 4pm (sejam je). mencabar jugak sebab dah petang. mata mengantok, perut mengeriut... arghhhhhhh, lapa. kena pulak jaga kat bilik yang sejuk nye suhu takat melampau. dah pakai blazer masih tak boleh tempis kesejukan nye. i hate that lecture room!!! buat kan aku bertambah lapa.. shit! nasib baik bawa sudoko, boleh ilangkan ngantok.
  • kemas workplace aku yang macam tempat pelupusan sampah. tu pun kemas gitu-gitu jea. sebab otak takleh berpikir dengan baik. my mental condition is very weak on that time. once your mental is weak your body will be affected. rasa nak collapse (terbayang bangunan yang runtuh).
  • balik umah, terus masak untuk berbuka. masak sup sayur jea. tu je termampu sebab dah tak tahan nak berdiri lama-lama nie. aku PENAT!!! lepas masak aku mandi. lepas mandi aku. pastu dekat azan maghrib aku bangun. bukan saja-saja nak tido yea. aku terpaksa. eheheh...

eh, tiba-tiba rasa penat. nak tido lah. bye bye...

puasa

wah, dah pukul 1pagi. kenapa taknak tido lagi nie? kemain aktif lagi aku malam nie. tak rasa mengantok, nak menguap dan sebagainya. ikut kan hari ni penat gile. hari ni aku pose tapi tak sedar nak bangun sahur. biasanya, pukul 5pagi aku bangun la, masak untuk sahur. masak yang simple-simple aje, asal lepas tekak ni telan. tapi, pagi tadi tak sedar. nasib baik semalam dah niat puasa.

ingat tak jadi nak puasa. sebabnye, aku cirit pagi tadi. sampai opis, perut buat hal. asyik-asyik nak ke jamban jea. dah membuang, dia rasa pedih pulak. seksa no. dengan berkat kesabaran aku. lepas la puasa hari ni. alhamdullilah.

berapa hari lagi ek puasa ganti aku ni? lupa lah. rasa macam 6 hari lagi. 3 hari aku dah ganti so, tinggal 3 hari lagi. tapi betul ke 6 hari????. takpelah kita buat lebih. buat 8 hari ke. biar lebih asal jangan kurang.

time belajar dulu selalu jugak aku puasa sunat isnin dan khamis. skang hampeh!! yang nak kena ganti pun lambat jea. lepas raya sempat jugak puasa 6. tu pun dah hujung syawal. pastu stop.. dua, tiga bulan lepas tu sambung balik puasa. dapat buat 5,6 hari, then stop balik. pastu, ni baru nak sambung balik. pemalas betul la aku. bila la nak habis nye???

Monday, February 14, 2011

meeting

malam nie da meeting. tapi, aku nak pegi dating. macam mana? pegi dating bukan nak sambut valentine kay!!

ok lah nak bersiap nak balik dah nie... ehehehe.. tak saba. pastu budak tuisyen form three yang aku ajar sains pun mesti tak sabar nak continue chapter yang tak sempat abis last week. maklumlah, ajar pasal reproduction. bab-bab pembiakan nie depa suka. macam aku dulu la. tersenggih bila cikgu ajar,
"ok, nie sistem pembiakan lelaki, nie sistem pembiakan perempuan"... ermmmm....

malam nie aku kena jadi serius. aku boleh!!!! eheheheh, gelak dalam hati.

asrama

aku start duk asrama dari darjah 6. adik beradik aku memang jenis kena hantar asrama awal. bukan mak bapak tak sayang tapi dah memang style nye macam tu. i follew ajelah. dalam ramai-ramai adik aku yang perempuan duk asrama paling awal, umur 11 tahun atau darjah 5. yang lain semua start darjah 6.

abang sulung aku paling tak boleh blah. duk asrama kejap jea. pastu nangis, pegang kaki ayah aku, nak balik. eheheh tak malu. tak leh buat contoh nie. pastu ayah aku kuar kan terus dia. duk umah jelah.

ok, now, cite aku duk asrama pulak. aku duk asrama start darjah 6 sampailah tingkatan 6 (tu pun kejap jea, sebab dapat uitm). pastu duk uitm, takdelah macam asrama sangat sebab bebas sikit kan. takde fixed schedule.

dalam banyak-banyak asrama yang aku menginap ni, asrama sekolah rendah (Sek. Keb. Ulu Luit) yang the best. sampai kadang-kadang kan, aku taknak balik rumah. tu dia, punya lah bestnye duk asrama.

perkara yang best kat asrama luit:
  • dapat makan belimbing yang ada kat belakang asrama dekat ampaian baju. tapi kan, ramai orang kata pokok belimbing tu berhantu. kawan aku cakap, ada nenek kebayan kat pokok belimbing tu bila malam. lepas prep, pukul 11 kami bersiap nak tidur, time tu aku concentrate pasal tido jea, budak-budak mana nak tido lambat. satu malam tu, kawan aku bangun sebab sejuk, lupa nak tutup tingkap. pastu dia nampak ada lembaga hitam yang bersifat pendek (bukan aku kay) pastu bongkok, ada tongkat dan tengok kat dia. terus dia tarik selimut tak jadi nak tutup tingkap. tapi, aku was-was dengan cite ni????
  • ada mesin basuh kat asrama. penyelia asrama (kak tie) kadang suruh kami kumpul baju pastu dia basuhkan guna mesin. tapi, biasanya kena basuh sendiri jugak, barang-barang besar jea masuk mesin macam blanket dan cadar. takpe, tak susah mana pun basuh baju. asal baju tu kena air ada sabun sikit, pastu bilas, jemur lah. dah kering boleh pakai balik takyah nak lipat-lipat sebab aku bawak baju sikit je kat asrama. ma cakap, jangan bawa baju banyak nanti hilang. bukan sebab hilang tapi memang baju aku sikit. adik-beradik ramai tak sempat la nak membeli. aku tak suka tulis nama kat baju, nampak macam budak-budak (bukan kau budak-budak ke masa tu?)
  • main kejar-kejar. kat asrama best, sebab boleh main kejar-kejar sampai satu sekolah. kalau kat umah space tak cukup besar, penyamaran susah nak buat. kalau kat sekolah semua blok boleh explore. kalau main kejar-kejar dengan budak lelaki lagi best.
  • melawa. kalau kat asramakan ramai kawan. kalau ramai kawan banyak lah benda yang boleh buat. benda yang paling best bagi budak pompuan is main make-up-make up. semua nak jadi cantik. time tu trend ikat rambut tinggi-tinggi. pastu pakai tudung memang berbukit la kat kepala tu. sapa yang paling tinggi ikat rambut dia yang paling best aka paling cantik. huh, sengal betul. ada yang bawa alat make up, tenyeh-tenyeh lipstik, pakai bedak tebal, padahal pakai bedak debu enchanteur jea. tu dah perasan cantik dah tu. pastu saje je keluar riadah bagi budak laki tengok.
  • duk dalam locker. aku dan kawan-kawan suka sangat nyakat budak-budak lain, kadang tu kawan sendiri pun kena. aku pakai telekung pastu letak bedak, buar bercapok dan berwarna putih ala macam zombi. pastu duduk mencangkung dalam locker. tangan kedepan ready macam nak cekik la. tunggu tuan locker bukak pintu pastu aku sergah dia sekuat boleh sampi tuan locker terkejut. kalau dia macam nak pengsan tu, menjadi lah tu!!
  • pertandingan. warden asrama (cikgu suhaiza, ni cikgu lelaki kay, nama je macam perempuan) selalu buat pertandingan, pertandingan tarian, lakonan, kembara dan macam-macam lagi. aku ni memang kaki mencapap so, wajib la nak participate, jadi pelakon tambahan pun takpe. kalau kembera tu yang best sebab kumpulan campur dengan lelaki. weh, nampak sangat au gatai start dari kecik lagi kan?.
rindunya aku dekat zaman sekolah rendah.