Pages

Tuesday, May 31, 2011

pahit dan pedih...

pahitnya 23 Mei lepas...

lutut ku longgar, berbalam-balam pandangan...

air mata tanpa henti,

tak mampu untuk berkata-kata.

orang disekeliling membantu.

ada yang hanya sekadar tengok dan bersimpati.

aku meraung meminta tolong, tiada apa mampu dilakukan.

mengucap, ingat tuhan. itu yang terbaik..

kenapa jadi macam nie?
apa puncanya?
kenapa dia?

jangan disoal ini ketentuan tuhan. pasti ada hikmahnya....


mungkin ini ujian untuk yang leka seperti kami


tak semua tahu apa difikiran ini, apa yang dirasakan ini.


tak perlulah disiarkan, dihebohkan. apa yang lepas, lepas lah...

saat itu masih bersisa di kepala ini, mungkin trauma nya masih ada.


ini dugaan bagi kami yang 14 hari sah sebagai suami isteri...


moga, doa kita dan keluarga dimakbulkan.


ouhhhhh

alhamdullilah... aku dah kawen... oyeeeee.... rasa satu bebanan yang selama ini dipegang akhirnya dah hilang... segala kerungsingan dah terurai...

aku dah buka buku baru, buku yang cover page nye berbeza... buku nie bukan aku sahaja yang miliki.. tapi, dia juga ada bersama...

indahnya bercinta saat muda. lagu nidji..
rasa nya lagi indah berkahwen saat muda... eceh, mentang-mentang dah kawen kan?

segala perkara nak buat bersama. kita share yea bang, takde rahsia. manis kan??? diharapkan manis ni sentiasa bersama, pahit, masam, masin, tawar itu mesti ada... barulah complete kan? tapi, biarlah manisnya yang pekat.

teringat sewaktu merajuk padanya. taknak disisinya sewaktu tidur. aku berpindah ke sofa ruang tamu. cuba ku lelap. tapi tak boleh. ego keras mengatakan biar dia tido sorang. cuba ku paksa mata ni. tak mahu jugak dia tido. pandang keluar tinggap nampak pokok mangga besar. pukul 2 pagi waktu tue. tiba-tiba terbayang hantu baju putih, rambut panjang bertenggek diatas pokok. aduh, cancel!!!! tukar port lain pulak, asal bukannya tido di master bedroom.. merajuk katakan.

berpindah pulak ke bilik kedua. nak tido di atas katil single. cuba bayangkan sewaktu bujang dulu. argh, bila baring diatas cadar merah, makin bertambah menyala lagi api kemarahan ni. pusing kiri, pusing kanan. makin gelisah...

berdosanya aku pada suami. biarkan dia tido bersendirian. aku tau dia pun tak lena. setiap beberapa minit dia berubah kedudukan. bila rasa bersalah baiklah kita dekatkan diri pada tuhan. tak perlulah ikut perasaan hati. bila benci ada didalam hati semuanya nampak hitam, semuanya nampak busuk, semuanya nampak buruk. walaupun dulu semanis kurma, selemak susu, selembut sutera.

aku berwuduk, tunaikan solat taubat.. ingat ku lelap bersama telekung dan bertilamkan sejadah. namun, masih tak dapat tido. skang dah pukul 3 pagi. apa masalahnya lagi. pakaian agama dah dilipat, sejadah dah disusun.

RASANYA PATUT KEMBALI KEPADA SUAMI..

perlahan-lahan, naik atas katil. baring disebelahnya. aku alihkan bantal yang jadi penghalang antara kami. maklumlah dah merajuk, 2 bantal aku buat jadi sempadan. muka suami aku tatap, hanya berapa minit diperlukan aku terus lelap. tenang nya hati menatap wajahnya ketika tidur..

ITULAH MANISNYA PERKAHWINAN INI....

maafkan isteri mu yang terlalu cepat melenting, sensetif terlebih bang.... tapi, makin hari, makin sayang..

INDAHNYA BERKAHWIN SAAT MUDA!!!! (tapi, takdelah muda sangat usia aku waktu kawen nie)... eksen je lebih. eheheheheh.....

Thursday, April 21, 2011

sekejapnya masa

alahai lagi 2 minggu jea lagi....

DEBAR HATI MAK NAK!!!!

misi berjaya!

lepas penat mengobek harta-karun aku. akhirnya jumpa jugak benda yang dah berkurun disimpan dan ianya masih selamat. soft copy slide aku yang hampir berusia 6 tahun dah jumpa. eeeeeehaaaaaaaaaa.....

slide ni takdelah penting sangat, tapi aku nak bg kat students dibawah seliaan aku untuk buat slide next week presentation. depa kena buat slide untuk report latihan industri. masing-masing muka blurr bila suruh buat slide.

'nak buat macam mana miss? saya tak faham la, saya tak pernah masuk department nie? susahlah...' Aiiii, ikutkan hati ada gak kena sengkeh kang. sikap malasnya dah nampak dah. ko, tak buat apa pun, tapi dah bagitau susahlah. tak boleh lah. tak pernah buat la. PANTANG BETUL!!!

so, dengan contoh slide aku dulu, aku harap depa boleh guna akal sikit untuk bergerak dan buat yang lebih baik... students ku tersayang, tolonglah permudahkan pensyarahmu ini....


Tuesday, February 22, 2011

aku bajet punye orang!!!

aku bukan bajet lawa or bajet bagus... aku bujet pasal duit nie.
si panjang selalu ingatkan aku 'ukur baju di badan sendiri'. aku ingat sampai bila-bila.
orang nak kata aku kedekut, berkira, save sangat. lantak pi ko lah. ada ko nak bantu aku? ada bagi duit dekat aku? takde kan? yang ko tahu nak mengomel sana sini. SO, DIAM!!!!

semua orang ada cita-cita dan impian sendiri. semua orang nak yang terbaek. semua orang nak ok!.
tapi, tengok keadaan lah weh. kalau ko berkemampuan boleh la. kalau takde, ko nak paksa diri macam mana lagi kan? ambek jelah apa yang ada.

endahkan sajaleh skang nie. buat hal aku jelah. malas aku nak layan kaki-kaki komen nie. macam dia terbaek jea! KO BAGUS SANGAT KE? tak kan? banyak benda kat dunia yang boleh dijadikan ukuran.

huh, apasal aku emo sangat nie????

Friday, February 18, 2011

macam nak mati

hari ni penat giler. tentatif aku untuk tadi.
  • aku siapkan soalan tuisyen. esok tinggal nak photostat jea. ingat mintak resit pastu boleh claim.tak tau la bape hingget yang kena ni. kopak lagi lah purse aku nanti.
  • jaga budak exam. start pukul 3pm til 4pm (sejam je). mencabar jugak sebab dah petang. mata mengantok, perut mengeriut... arghhhhhhh, lapa. kena pulak jaga kat bilik yang sejuk nye suhu takat melampau. dah pakai blazer masih tak boleh tempis kesejukan nye. i hate that lecture room!!! buat kan aku bertambah lapa.. shit! nasib baik bawa sudoko, boleh ilangkan ngantok.
  • kemas workplace aku yang macam tempat pelupusan sampah. tu pun kemas gitu-gitu jea. sebab otak takleh berpikir dengan baik. my mental condition is very weak on that time. once your mental is weak your body will be affected. rasa nak collapse (terbayang bangunan yang runtuh).
  • balik umah, terus masak untuk berbuka. masak sup sayur jea. tu je termampu sebab dah tak tahan nak berdiri lama-lama nie. aku PENAT!!! lepas masak aku mandi. lepas mandi aku. pastu dekat azan maghrib aku bangun. bukan saja-saja nak tido yea. aku terpaksa. eheheh...

eh, tiba-tiba rasa penat. nak tido lah. bye bye...

puasa

wah, dah pukul 1pagi. kenapa taknak tido lagi nie? kemain aktif lagi aku malam nie. tak rasa mengantok, nak menguap dan sebagainya. ikut kan hari ni penat gile. hari ni aku pose tapi tak sedar nak bangun sahur. biasanya, pukul 5pagi aku bangun la, masak untuk sahur. masak yang simple-simple aje, asal lepas tekak ni telan. tapi, pagi tadi tak sedar. nasib baik semalam dah niat puasa.

ingat tak jadi nak puasa. sebabnye, aku cirit pagi tadi. sampai opis, perut buat hal. asyik-asyik nak ke jamban jea. dah membuang, dia rasa pedih pulak. seksa no. dengan berkat kesabaran aku. lepas la puasa hari ni. alhamdullilah.

berapa hari lagi ek puasa ganti aku ni? lupa lah. rasa macam 6 hari lagi. 3 hari aku dah ganti so, tinggal 3 hari lagi. tapi betul ke 6 hari????. takpelah kita buat lebih. buat 8 hari ke. biar lebih asal jangan kurang.

time belajar dulu selalu jugak aku puasa sunat isnin dan khamis. skang hampeh!! yang nak kena ganti pun lambat jea. lepas raya sempat jugak puasa 6. tu pun dah hujung syawal. pastu stop.. dua, tiga bulan lepas tu sambung balik puasa. dapat buat 5,6 hari, then stop balik. pastu, ni baru nak sambung balik. pemalas betul la aku. bila la nak habis nye???