Wednesday, August 24, 2011
baby baru
tak sabarnya mau balik. esok saja bah. esok pagi pun da class kitchen. esok, buat kuih. 6 jenis kuih raya, (suji, almond cookies, butter cookies, chocolate chips, corn flakes biscuits, and cheese biscuits). ha, sebelum tue, apakah perbezaan antara cookies and biscuits? pikir-pikirkan.. pasti ada bedanya kan?
rindu pada keluarga tidak dapat dibendung lagi. nak jumpa anak buah baru yang pastinya comel lote ala ala cik de dia.. baby baru nie pun boy. naufal dah da adik. adik abg naufal pun baik. macam dia masa lahir awal-awal dulu. tido aje. sampai geram cubit-cubit dia nak bagi dia nagis.
abg naufal skang makin gemuk. tak tau la depa bagi makan apa. kecik-kecik gemuk, besor-besor kena control skit. bagi kerja kuat..
sebelum balik nie, aku da shopping sikit-sikit for family. beli butang baju melayu, brooch, gelang, dan baju. cantik-cantik brooch sebab nie banyak yang latest especially yang menggunakan mutiara. tapi, tak dapat beli banyak sebab duitnya tak banyak... sedih. nasib baik kuih gelang, amplang sudah dibeli last balik hari tue.
maaf yea, tak ramai yang dapat nanti. adik beradik dan keluarga mentua dulu yang dapat. yang lain coming soon. sabar yea.
24 jam je lagi nak naik flight. dah every week muka aku kat airport nie. permanent passenger sudah. aduh, rindunya nak balik kg... nak buat kek aiskrim la balik nanti.. macam dah dapat resepi yang power jea... ahahahah....
this year my mum and sis buat sendiri kuih. no more kuih tunjuk-tunjuk.. ciri-ciri wanita yang mementingkan kualiti. plan to make something special with them.. i'll looking for the recipe. hopefully can be done as what i planned.
and to my babeh cayang. wait me. see you in airport tomorrow night. and dont you ever count the time cause i already done it... love my hubby. keep your macho style... muah muahhh mauhhh hundred thousand kiss for u cayang...
Wednesday, August 10, 2011
comel comel saya
ADIK: tadi call cakap dengan zila. dia cakap adik demam. semalam cakap dengan adik, adik batuk semalam sebab habuk. tapi hari ni demam teruk pulak. adik nak puasa jugak tue sebab ayah janji nak bagi RM100 kalau puasa full. ayah suruh adik buka puasa. jam 12tghri tadi dibuka. sian dia. minum air jea. makan taknak. semoga adik cepat sembuh. semalam seronoknya dia berborak dengan abang mat dia. tapi hari ni tak sihat pulak. tak sabar nak jumpa adik.. kalau dapat gaji. kakak belanja adik dengan abg heri yea...
ABANG NAUFAL: rindu dekat si kecik nie. skang dah gemuk dah dia. makin selera makan. last jumpa alahai keciknya kaki.. kurus no.... skang zila cakap dah debab. dia dah pandai cakap dah skang. 'bu (ibu), bah (abah), edap (sedap), su (maksu), pi (tepi), cik (pakcik)... tah apa lagi lah... dah pandai anak buah cik de nie... geram nak gigi abang naufal nie... dia dah pandai sebab nak dapat adik. ibu dia nak beranak dah bulan nie. due dalam 19hb nie.. semoga kak imah selamat melahirkan second baby yea... bila turn saya yea? bagaimanakah physical saya bila pregnant nanti? ermmmmm seram... k.nat pun dah pregnant...
happy dengar kaba dia pregnant. malam tue dia call. rasanya nak gtau dia pregnant. tapi tengah duk cakap tue husband pulak call. terputus disitu.. esoknya, kawan opis lama mesej. so, i get it... tapi dia tak nak kecoh-kecoh lagi waktu tue... gosip secara senyap jelah... saya gembiri dengan pengkhabaran ini... dapat baby dan dapat keje. rezeki akak murah dalam bulan yang mulia ini. even, news pregnant before ramadhan lagi... jaga kandungan yea sayang....
ALHAMDULLILAH rezeki ku...
dapat balik KL lagi,
dapat jumpa si suami,
hilanglah rindu nanti...
lalalalalaaaaa....
Alhamdullilah. syukur padamu Ya Allah. dimurahkan rezeki ini. ingat nak kena tunggu 2 minggu lagi baru dapat balik. rupanya this weekend dah boleh balik KL. seminggu di KL nanti. wow, tak sabar. tak lupa juga pada opismate yang membantu. yang membolehkan aku ke KL dalam masa terdekat nie... tak perlu keluar duit, just pegi KL dan jalankan tugas yang perlu dipenuhi sebagai penjawat awam....
pagi tadi class di Telipok dari jam 9.30pagi hingga 11.45pagi. tapi class terbabas sampai jam 12 lebih. sampai opis, nampak jacq isi borang. dia kata borang untuk waran, tiket flight. kena pegi kursus kat KL seminggu. tapi, dia cakap nama aku sorang jea takde. kursus ni untuk staff baru.
time tue sedihnya. kalau pegi KL seminggu boleh jumpa husband i yang bucuk tue. downny,a sedih. sedih. tapi buat relax jea tak yah nampak sangat muka sedih. jumpa k.syikeen pulak. dia pun pegi. aku jea yang takde.. :((.... cakap lah kat dia. kenapa saya takde? ke saya tak mengajar budak-budak khas? sebab nie kursus bahasa isyarat (deaf). aku memang tak ajar depa sem nie. yang pegi rasanya semua ngajar budak-budak khas. cuba berfikiran positif. mencari kebarangkalian... ermmmmm
pastu cakap dengan ketua jabatan (KJ), sebab dia tengah lepak area work station aku.
aku: puan, saya sorang jea tak dapat pegi kursus kat KL, sorang-sorang la saya nanti.
puan: takde nama tak payah pegi.
aku: saya nak jumpa suami saya puan.
puan: pasal u nak jumpa suami u lah, u tak dapat...
aku: puan.... (muka dah macam kucing dah)...
tiba-tiba evlyn, slow talk dengan aku..
ev: huda, puan dah call lah bahagian pembangunan, surah masukkan nama kau.
saya: eh, betul ke? saya tak tahu pun
ev: yelah, kau kan ada class tadi. kitaorg suruh puan call orang sana. sebab kau tercicir. saya mesej diorang lagi suruh masuk nama kau.
saya: ev, thanks... sebab gitau puan. puan main-main kan saya. dahlah tengah sedih ni. saje jea puan nie
ev: k.mas yang perasan nama kau takde. terus kami report kat puan. ambek borang nie untuk amek waran tiket. nak hantar kewangan. sebab nak booking tiket.
saya: saya takutlah tak dapat sebab tak confirm lagi. puan pun tak cakap apa.
pastu dengar puan cakap dengan someone thru call. macam berita baek jea.
puan: huda, pegawai sana dah fax masukkan nama u. cepat settle borang kursus.
saya: Puan, terima kasih. love u so much puan.
puan: berterima kasih dekat ev, mas dan yang lain.
saya: terima kasih semua.
kalau derang tak tolong. confirm aku tak dapat pegi. tak dapat jumpa suami. abang, ayang rindu abang.... :((
esok, kalau depa dah booking tiket. dah keluar waran. den nak tukar hari berlepas.. nak pergi secepat yang mungkin dan nak balik selewat yang mungkin. saya nak spend masa dengan suami.
pastu lepas balik dari kursus duduk 5 hari kat poli..then, balik lagi untuk raya. yang nie duit tiket. duit aku sendiri... ehehehe...
Tuesday, August 9, 2011
rindu bucuk...
kat airport kak ipar dan mak mertua tersayang yang jemput. hubby tak dapat jemput sebab busy set up untuk diner. tema diner malam tue red and black. alamak baju takde. so, sampai jea depa bawa aku pegi cari baju. mula-mula nak pegi times square tapi xsempat sebab beberapa jam jea. so, ke damansaralah kita. dalam pukul 2 lebih sampai sana. sampai KL bukan jumpa husband tapi pegi shopping dulu.
lamanya ambek masa shopping sebab baju takde, cardigan takde, tudung pun takde. dalam pukul 5.30 ptg siap shopping. rushing balik ke subang. husband dah tunggu. dahlah lapa sebab tak makan apa-apa pun even, kat KK.
nasib baik kakak ipar dan mak tolong iron baju dan siap kan semua barang. kesian depa. pukul 6.30ptg gerak kesana. ni lah result masa yang tak cukup. baju husband pun tak ikut tema..ermmmm
saya comel, hubby handsome. (ikut suka akulah nak cakap apa, eheheeh)
pic yang nak melekat. takpe, kami dah kawen... eheheh
3 pasangan diraikan, sesi potong kek, sesi memperkenalkan isteri-isteri staff (pengantin baru). isu kami duduk jauh antara satu sama lain jadi isu hangat. tak habis-habis bos dia nyakat. kalau lah bos aku dulu macam nie. sodapnya.
malam tue banyak sangat hadiah yang disediakan. semua best-best. tv lcd 32", 40", samsung galaxy, i pad 2, digital camera, ni semua hadian untuk lucky draw. untuk staff da jugak hadiah wajib. sapa yang berkhidmat kurang dari 5 tahun dapat branded watch. cantik gak jam hubby. dia pilih awal sebab dia ajk so, da chance untuk pilih yang terbaik. pastu mana-mana staff yang keje lebih dari 5 tahun dapat jongkong emas.. fuyooooooooo.... bila lah nak dapat macam nie.. ermmmm...
husband i cakap bos dia spend untuk hadiah dalam 100k. makan-makan kat KLGCC tak tahu berapa pulak.. moga anda murah rezeki sentiasa yea...
opssss, tempat keje saya dulu ada gak buat diner atau family day. hadiah dia lapik periuk, rak kasut, kipas angin paling grand. lain kali motivate sikit pekerja, jangan nak pikir untung jea
tapi tempat keje baru tak tau lagi... wait and see.... :p
baking class
ni after proofing, the product are ready to bake. baking about 180C for 30 till 40 minutes.
here the products. we have Pullman bread, hard roll knot, baguette and hard roll. bangga rasanya walau baru buat basic product. agak-agaklah first class kan. so, be patience k.
here, today class. we prepared sweet dough. by using that dough 6 products completed. below 4 of them.
red bun, sausage vege bun, cheese bun and sardine bun, nyum nyum nyum... all the bread very very soft.
the students ready to collect their products. but taking picture first for their portfolio.
can't wait for next class caused i've learn many things from kak amy. kak amy really expertise pattisier due to 9 years experienced. 4 years at UiTM Dungun and 5 years at poli KK. i am glad to assists you sis.
berita gembira
tapi, tadi pegi bahagian kewangan hantar dokumen yang tak lengkap untuk claim lapor diri dan hari pertama lapor diri kat poli KK. tanyalah bro tu, bila agak-agak duit masuk untuk claim. dia cakap, insyaallah sebelum raya nie. berbunga hati. yea ada duit raya. walau tak banyak, tak pelah sekurang-kurangnya ada kan.
Ya Allah, moga-moga ada berita gembira untuk ramadhan dan syawal ini. amin.....
Sunday, August 7, 2011
memulas dah dia...
sampai kat opis pukul 7.15am. sempat pegi class bakery untuk assist kak amy. cukup pukul 9.30am perut buat hal lagi. nasib baik sempat abis class. hari ni lebih kurang 3 kali ke toilet. tapi malam tadi, buang air kecik yang kerap. dekat 7,8 kali rasanya.
rasanya boleh kurus dengan fiber nie. tapi dinasihatkan kepada wanita-wanita yang mengambil sebarang medicine, supplement or whatever things in order to reduce weight, u have to take lot of plenty water due to avoid kidney problem. if u realize, there are many women out there suffer this kind of problem. beware yea...
dehydrated for whole day. very tried. another 30minutes to 4.30pm... can't wait to be at home. and cant wait to watch kasih alia..
perjalanan ramadhan
menu hari ke 7 nie kueh tiew kung fu.. berkungfu aku dan mimi nak habis kan. alhamdullilah, rasa ok lah. mimi cakap macam makan kat kedai. ehehehe, menjadi eden masak. esok macam nak buat mee basah. tadi kami tengok rancangan 5 rencah 5 rasa. abg chef hansome tu buat pengat pulak. pengat pisang + strawberry + keledek + ubi apa tah satu lagi tue. terliur aku tengok. macam nak buat pengat keledek jea. hari rabu da class kat Telipok nanti nak beli barang-barang kat sana lah untuk masak. sayur-sayur kat sana segar compare kat giant. harap angan-angan nie berjaya.
semalam kuar dengan mimi. ingat nak berbuka kat tepi pantai. tapi takde parking pulak. mimi cakap, kat sana da satu kedai yang jual jus mangga pekat. ala-ala big mug kat depan Plaza Alam Sentral gitu.. sedapnya. tapi, takde rezeki. so, kami ke One Borneo Shopping Mall. makan kat secret recepi. aku ambek chicken grilled with black pepper sauce. tapi, tak sedap pun. buat sendiri lagi power. nak buat steak kat bucuk i lah nanti. bagi dia gemuk skit.
cakap pasal gemuk nie. after married, i gained weight lah. increase bout 3 kg. frustrated. mimi has suggested me to try fiber. forgot what brand it is. i just tried that one. based on her experienced i'll having frequently visit to toilet during sahur nanti. i dont want to be a skinny women, but my desire is to flatten my tummy. hopefully it works.
k lah, nak solat isyak, terawikh persendirian and nak baca yassin dalam bilik nie. sebab im ready to sleep alone. before this i sleep together with mimi in her bedroom. i want to be a strong wife!!.. go huda go....
ribut
4 hari mimi balik semenanjung. satu malam tue. tak silap aku, sabtu malam ahad kot. aku on labtop, buka ayat quran sebab dok sorang kan. kan tak biasa lagi. lama jugaklah ak dapat tido tue. bila dah lena tue, tetiba terjaga lah pulak pukul 2 pagi. sekali nampak gelap jea, ayat quran pun x kedengaran. HABIS black out rupanya. berdebar semacam dah aku nie. angin kat luar kuat giler. kat sini angin dia semacam memang kuat giler. kertas yang mimi tampal kat sisir angin tue macam dah nak terkoyak.
macam-macam dah aku fikir nie. sebab pelbagai bunyi muncul, benda bukan-bukan jea aku terbayang. padahal bunyi tue datang dari angin kuat kat luar. aku dah terbayang kalau da benda pelik-pelik aku nak nyorok dalam almari. almari dia besar memang muat lah aku nie. aku tutup muka, lemas pun da. tapi ignore jea sebab rasa takut tue lagi banyak.
rasa nak call kak syikeen suruh ambek. tapi giler apa pukul 2,3 pagi nie nak kacau orang. nak call husband macam takut pulak kalau bercakap dalam gelap gelita nie. aku tarik nafas, fikir positif, untuk melawan perasaan yang tah pape nie.
'kalau Allah nak ambek nyawa aku skang, skang lah jawab. hidup mati semua Allah tentukan'. AKU TAKUT!!!!.
dalam sejam berlawan dengan perasaan dan keadaan aku terlena sendiri. balik-balik, pukul 6 pagi aku bangun. matahari dah nak naik, baru nak solat subuh.
dalam pukul 10 pagi tue call husband gitau dia. dia gelak jea. sebab aku cakap nak nyorok dalam almari. nak buat macam mana bang, awak takde kat sebelah saya. nasib badan la....
skang kena beranikan diri. nanti dah ada anak macam mana? ummi dia takut sangat pun tak boleh...
Saturday, July 30, 2011
bosan
petang tadi sedapnya membuta. maklumlah paginya gotong royong. so, aku pun menunjukkan kanlah komitednya diri ini terhadap pekerjaan ku. tentatif, bermula pukul 8.00am.. pukul 7.40am aku baru bangun. mandi, bersiap semua. alih-alih 8.30am jugak aku geraknya. macam biasalah. cakap start pukul 8.00am.. pukul 9.00am pun still duk breakfast lagi. hari nie breakfast free. best, makan soto. sponsored by restaurant sri keningau. kalau orang semenanjung datang KK, aku suggest u all makan kat restaurant ni. memang kena selera kita lah. lauk paling aku suka kalau tapau kat restaurant sri keningau ni, sambal ikan kering, sambal terung, ayam masak lemon, tempe, eh, macam-macam la.. mostly all the dishes there are delicious.
kat KK nie. kena hati-hati sikit nak makan. sebab kita tak tau macam mana dia prepare makanan. macama mana dia slaughter, halal ke haram ke. memang kena pastikan betul-betul lah. kat sini anjing banyak nya macam kucing kalau kat semenanjung. kat dalam poli KK pun banyak. kat luar pun banyak. tapi, anjing-anjing nie tak gigit orang. aku ingat lagi masa nak pegi teman k.syikeen and k.ziana tapau makan. aku duk luar kedai sambil baca-baca advertisement yang ditampal kat luar kedai. da sekor anjing selamba je jalan aku. rapat pulak. nasib baik den tak perasan, kalau tak aku dah berkungfu dengan anjing tue..
oh, berbalik kepada aktiviti tadi. aku and kak aisyah handle student untuk mkemas bilik kuliah. bilik kuliah dia cantiklah. berbezalah dengan yang dulu. kerusi color purple, comel je. satu class dalam 30 orang jea. wah, seronok. tak perlu stress macam dulu. dulu aku ingat lagi pernah handle class 150orang. kau gilak apa??? but, that my experienced. really proud of my patience and committed. eceh, cam bagus je kan??? whatever!!!
pastu proceed to opis lama jabatan hospitaliti. opis lama nie very the best. but tinggal kenangan skang. sangat-sangat best kalau dapat guna facilities kat opis lama. opis ni tak dapat digunakan sebab banguna dia crack. dia satu bangunan 4 tingkat. tingkat 1 dan 2 untuk jabatan hospitaliti. 3 dan 4 untuk jabatan perdagangan. bangunan nie crack sebab da perubahan pada struktur bumi. nanti aku upload pic yea. malam nie malas pulak nak transfer pic to my lappy. banyak pic aku ambek.
kat opis lama, aku masuk laundry. college lama i takde laundry so, agak jakun sikit bila masuk laundry. da washing machine yang bapak besar and satu lagi yang sederhana. tempat iron sekali manual and machine macam kat uitm dulu. seronoknya, macam dalam industri pulak. pastu aku masuk restaurant. restaurant boleh tahan besar. the restaurant able to accommodate 70+ customer in one time. memang boleh buat profitlah. kalau restaurant macam kat tempat lama. boleh lah kami buat sale. nie customer da 10 orang ko, assume profit beribu-beribu. nonsense ok!! use your brain lah. round table dah dalam 10 bijik. square table dalam 30+, kerusi dalam 250+... banyak tue aset. tak sabar nak mengajar. no more merungut-rungut ok...
pastu masuk kitchen pulak. suruh student susun peralatan untuk restaurant. banyak la. macam-macam peralatan ada. berbunga-bunga dah mata aku ni.
tapi, da kelemahan disini. kat sini banyak tikus. aku pun tak tau macam mana nak solve problem nie. rumah yang aku tumpang nie pun da tikus. semalam trap aku mengena sekor. yang tu aku citer kat entry lain yea sebab dah panjang nie. nak layan tv pulak. k lah, chowwwwwwwww.........
Thursday, July 28, 2011
pot luck
pot luck dibuat kali ni sempena ramadhan. last makan-makan before ramadhan kan. tapi rasanya esok makan lagi kot. sebab esok da gotong-royong. tapi tak tau menu apa..
menu hari nie.. nasi kerabu.. inilah orang-orang yang mneyediakan dan membawa lauk-lauk yang terlibat.
puan ngah: pulut serunding dan solok lada.
kak yana and en. razlan (laki bini): nasi unggu, kerabu, budu, sambal, tumis,
k.ziana, k.syikeen, huda and jacq: ayam berempah, ikan celop tepung dan kopok ikan
en.nizam: sambal udang
staff non muslim bring drinks and fruits...
sampai sekrang kenyang lagi..
actually dari tadi nak update blog ni dari pukul 1.30pm tapi terhenti seketika disebabkan oleh...
aku join PUSPANITA.... ouchhhhhhh...
tetiba je boleh join. cerita nye macam nie... tadi g toilet, pastu terserempak dengan puan ngah.. dia suggest la untuk masuk puspanita. waktu melepaskan hajat tue macam pikir-pikir jugak. apa yang i akan dapat kan kalau join??... dah lepaskan hajat. terus gerak nak masuk opis lah. sampai separuh jalan patah balik. terus ke dewan yang dekat dengan toilet tue. tak tau dewan apa. maklumlah barukan.
terus daftar kan diri. bayar yuran RM36. pastu dapat elaun RM10. so, bayaran sebenar adalah RM26. first meeting kan so, blurr la sikit. banyak isu yang lepas berlaku dalam puspanita nie. tadi dengar jelah. orang barukan. antara kes yang biasa berlaku adalah BIAS. ermmmm... benda-benda macam nie memang selalu terjadi kan????.. aku pun pernah alaminya...
tapi ada nasihat yang sangat bagus yang aku dapat hari ni... not drag any bad and stupid things. maksudnya, tak perlulah hal kecik nak dibesar-besarkan. nak dicanang-canang. kerana hal keciklah perhubungan antara sesama manusia akan terjejas especially kita sebagai orang islam. bila dipikirkan balik. banyaknya dosa, memutuskan perhubungan ini. ya Allah ampunkan aku...
jadi ingat. perkara kecik jangan nak dibesarkan. sampaikan masalah puspanita dulu, bergaduh didalam email, FB dan laman sosial yang lain.
suamiku dah berpesan, apa yang memedihkan mata, menyakitkan telinga usah dilayan. if some people want to be a stupid u shouldn't involve it. because you will be a stupid too. saya ingat sayang.... usah dilayankan... disini, pengharapan ku.. aku tak mahu terlibat dengan perkara sia-sia ini. kat sini macam ok, muslim ke, non muslim the they treat us fairly. alhamdullilah..
teringat suamiku, bila ada maslaaqh dialah penasihat yang bagus, dia tidak menangkan aku. dia tidak salahkan mana-mana yang terlibat. apa yang dia nak, muhasabah diri.. kenapa ini berlaku? jangan hanya salahkan orang untuk memberi kemenangan kepada diri sendiri. kamu beri kemenangan kepada kamu. tapi adakah orang lain beri kemenangan kepada kamu???? hanya sedapkan diri sendirikan? tapi, bagaimana yang terpengaruh? yang terpengaruh akan tahu nanti. tapi bila sayang? bila sampai masanya... aku perlu ingat itu.
alamak, dah hampir pukul 5pm.. nak balik.. walau husband tiada disini. banyak kerja nak buat nie... kemas rumah bah. mau tolong ka???
bye... muahhhh... jumaat kiss.. nak makan bihun sup and air pandan puspanita tadi..
Wednesday, July 27, 2011
Telipok
semalam dah ikut ketua jabatan g ke Telipok. kawasan rumah kedai. sunyi, sebab kitchen, restaurant, laundry still under construction. berdebar pulak nak mengajar kat Telipok. Telipok classrooms untuk student junior like sem 1 dan dua.
next week baru start class.... sempat berFB, beautifulnara, bharian, hmetro and sebagai. opssss lupa bahan-bahan ilmiah yang lain....
sedikit perasaan takut disini, macam semalam. masa site visit dengan kak ziana dan puan ngah macam-macam benda aku tengok. makcik-makcik jual illegal cigar depan pejabat penguatkuasa.. hah, ambek kau... so, apa fungsi penguatkuasa??? kat sini ramai orang filiphine. tulah klu jumpa yang kacuk tu cantik-cantik aja. putuh-putih. kalau orang filiphine ni ke hati-hati sikit. they will do what they want. so beware. most of criminal case caused of them. my husband always remind me to care myself. opsss, suddenly remind me on yesterday accident.
yesterday, suar jeans i kena curik... my favorite jeans pulak tue. sedih, tapi tak ngapa dah rezeki namanya.. tak perlu lah nak berteriak. itu baru ujian kecik dari Allah.
gtau hubby pasal ni. dia nak bini dia ni transfer cepat-cepat ke semenanjung. biarlah elaun kena potong ke apa. elaun kat sini banyak lah boleh dapat. kurang seratus dari gaji aku dulu kat cict.. tu baru elaun tak masuk lagi basic... elaun yang tinggi elaun EPW. untuk orang semanjung dan sarawak yang bekerja di Sabah. elaun dalam RM930. tu baru 1 elaun. semua sekali 3 elaun. dah apply EPW. harap-harap Allah permudahkan untuk dapat elaun tue. harap merasalah before transfer ke semenanjung. proses untuk transfer pun tak open lagi. oktober ni baru boleh apply.
ohhhhh, nak makan kopok ikan dan kopok apa tah yang puan ngah bawa nie. semalam masa ke telipok dengan puan dia beli buah apa tah. bentuk macam buah durian belanda, rasa macam nona, pisang. da masam da manis. aku bantai sampai 5 potong buah tue.. SEDAP!!!! nanti nak balik semenanjung nak beli lah.
nak makan chowwwwwwwww...
Monday, July 25, 2011
sedapnya...
alhamdullilah, ditempat baru nie seronok lah. ketua jabatan yang diharapkan. opismate yang ok lah. harap berpanjangan.. kat sini i lah yang paling muda, eheheheh adik bongsu gitu. kat sini rata-rata ramai berusia awal 30-an.
semalam dah dapat jadual.. sem nie 2 subject kena ajar. baking and theory of food. yang bestnya i kena assist class jea. so, da dua lecturer la dalam class baking nanti. i dan kak amy. kak amy memang power bab baking and pastri nie. dia pernah jadi lecturer kat uitm dungun dulu. boleh lah aku mintak tunjuk ajar darinya.
jam kredit sem ni. 16 jam jea. oh, berbeza dari dulu. seronok!!! takdelah stress sangat. jumaat free. so, boleh balik booking tiket malam khamis gitu. but here, i need to push my self to learn something new. i'll try to be a good lecturer.
first time kat sini semua ingat i ni student. of course lah, look young kan :p. then, they are very surprising when i told them i am madam... yes, i am Puan Huda. sudah kawen bah!
nak smabung buat keja balik nie.. ada keja ke??? tetttttttt....
Sunday, July 24, 2011
im back!!!
tempat baru: kerja baru, kawan baru dan cita-cita baru..
sudah seminggu disini. alhamdullilah berjalan lancar. walau, berjauhan dengan yang tersayang. ini dugaan namanya. bukan senang nak jadi SENANG, bukan susah nak jadi SUSAH. kalau ko tak nak jadi apa-apa, mati sajalah yang bagus.
17 julai, aku sampai di KK. bersyukur kepada Allah swt. ada hamba Allah yang baik hati tumpangkan aku tinggal di rumahnya. sampai sekarang lah aku masih dirumah dia. thanks yea Mimi...
Minggu pertama disini, memang janggal bagi aku. hati masih teringta suami, keluarga dan rumah disubang. aduh, rindunya.. malam-malam berborak bersama husband. dua malam asyik menagis bila bercakap dengan hubby. lemahnya aku!!!! tapi, sekarang sudah strong bah!
5 hari disini. hubby call. suruh balik katanya, bos dia nak bayar duit tiket. balik sebab company dia buat Annual Dinner di KLGCC. wahhhhhh, tidak disangka bah, da yang mau sponsor. tiket last minute beli mahal la skit. tapi orang nak bayar apa boleh buat... ehehehheh... thanks yea, En.Ismail Asshaari....
24 jam jea kat subang. tapi bersyukur lah at least jumpa dengan my hubby. pukul 3 pagi pun tak tido lagi sebab borak-borak dengan dia. rindu tue... I LOVE U CAYANG!!!
bulan depan yea kita jumpa yea cayang.... muah muah muahhhhh rindu.....
Friday, June 24, 2011
NEKAD
what is past is past...
setelah berbincang, inilah keputusan yang aku buat.
mereka semua bersetuju. ini yang terbaik...
julai oh julai
semuanya akan berubah...
wahhhhhh, kehidupan yang teramat ku nantikan....
gembiranya hati bukan kepalang apabila mendapat berita itu...
didalam gembira pasti ada kesedihan..
itu tidak mengapa, pasti ada rahmat disebalik..
mungkin kasih sayang kami akan makin utuh...
Tuesday, June 7, 2011
suprise!!!!
dlm perjalanan tue, husband call. tapi x sempat nak angkat.. tak lama lepas tue, dia send mesej
'ayang balik umah, makan jea. abang dah siap masak'.... ohhhh, i love u la cayang... u memang terbaek!!! kasi up skit husband sendiri... so, far alhamdullilah husband aku nie kira consider and tak berkira la orang nya. hopefully sampai ke tua la macam nie yea.
biasa nya balik umah dia dah siap masak, dah siap kemas umah. kadang-kadang siap mop rumah lagi... power kan dia????? eheheheheh... muah muah muah cayang abg.
lepas baca mesej dia tadi, terus call...
ayang: abg masak apa?
abang: cubalah teka, yang penting bukan nasi nanti ayang gemuk
ayang: kuew tiew goreng?
abang: bukan, teka lagi
ayang: mee basah, mee mamak, mihun goreng, mee sup.
abang: semua salah, ayang pikir, dah sampai umah gtau apa yang abang masak ok...
ayang: ok... bye!
apa lah dia masak tue.... ermmmmmmmm thinking....
dah sampai umah, terus tuju dekat meja makan. eh, ada toger, tauhu goreng, ayam goreng rempah yang dah dicarik, timun, bawang goreng. ha, mee kari....
tahu sebab tengok kari ada dalam periuk, tengah panas lagi... oh sedapnya...
salam dia, cayang skit pastu g mandi..
ok.. masa untuk makan...
sedapnya... nyum nyum nyum...
abang: ayang tau kenapa abang buat mee kari hari nie??
ayang: ermmmm, sebab kita dah sebulan kawen kan? (sambil senyum)
abang: a'ah.. dah sebulan kan.... tak sangka... alhamdullilah...
ayang: abg, thanks sebab prepare nie, dah ingat... 'debar hati mak nak'...
lepas dah makan. solat maghrib pastu ada tazkirah pendek skit, kenalah saling beringat sebagai suami isteri kan...
ingat nak tunggu isyak, tapi air sembahyang dah batal.. tersentuh pulak... biasalah pengantin baru kan...
malam tue jugak tengok cerita AKU TAK BODOH...
the movie very nice... terbaek...
dia pun suka....
abang, I LOVE U!!!!
Tuesday, May 31, 2011
pahit dan pedih...
ouhhhhh
Thursday, April 21, 2011
misi berjaya!
Tuesday, February 22, 2011
aku bajet punye orang!!!
si panjang selalu ingatkan aku 'ukur baju di badan sendiri'. aku ingat sampai bila-bila.
orang nak kata aku kedekut, berkira, save sangat. lantak pi ko lah. ada ko nak bantu aku? ada bagi duit dekat aku? takde kan? yang ko tahu nak mengomel sana sini. SO, DIAM!!!!
semua orang ada cita-cita dan impian sendiri. semua orang nak yang terbaek. semua orang nak ok!.
tapi, tengok keadaan lah weh. kalau ko berkemampuan boleh la. kalau takde, ko nak paksa diri macam mana lagi kan? ambek jelah apa yang ada.
endahkan sajaleh skang nie. buat hal aku jelah. malas aku nak layan kaki-kaki komen nie. macam dia terbaek jea! KO BAGUS SANGAT KE? tak kan? banyak benda kat dunia yang boleh dijadikan ukuran.
huh, apasal aku emo sangat nie????
Friday, February 18, 2011
macam nak mati
- aku siapkan soalan tuisyen. esok tinggal nak photostat jea. ingat mintak resit pastu boleh claim.tak tau la bape hingget yang kena ni. kopak lagi lah purse aku nanti.
- jaga budak exam. start pukul 3pm til 4pm (sejam je). mencabar jugak sebab dah petang. mata mengantok, perut mengeriut... arghhhhhhh, lapa. kena pulak jaga kat bilik yang sejuk nye suhu takat melampau. dah pakai blazer masih tak boleh tempis kesejukan nye. i hate that lecture room!!! buat kan aku bertambah lapa.. shit! nasib baik bawa sudoko, boleh ilangkan ngantok.
- kemas workplace aku yang macam tempat pelupusan sampah. tu pun kemas gitu-gitu jea. sebab otak takleh berpikir dengan baik. my mental condition is very weak on that time. once your mental is weak your body will be affected. rasa nak collapse (terbayang bangunan yang runtuh).
- balik umah, terus masak untuk berbuka. masak sup sayur jea. tu je termampu sebab dah tak tahan nak berdiri lama-lama nie. aku PENAT!!! lepas masak aku mandi. lepas mandi aku. pastu dekat azan maghrib aku bangun. bukan saja-saja nak tido yea. aku terpaksa. eheheh...
eh, tiba-tiba rasa penat. nak tido lah. bye bye...
puasa
ingat tak jadi nak puasa. sebabnye, aku cirit pagi tadi. sampai opis, perut buat hal. asyik-asyik nak ke jamban jea. dah membuang, dia rasa pedih pulak. seksa no. dengan berkat kesabaran aku. lepas la puasa hari ni. alhamdullilah.
berapa hari lagi ek puasa ganti aku ni? lupa lah. rasa macam 6 hari lagi. 3 hari aku dah ganti so, tinggal 3 hari lagi. tapi betul ke 6 hari????. takpelah kita buat lebih. buat 8 hari ke. biar lebih asal jangan kurang.
time belajar dulu selalu jugak aku puasa sunat isnin dan khamis. skang hampeh!! yang nak kena ganti pun lambat jea. lepas raya sempat jugak puasa 6. tu pun dah hujung syawal. pastu stop.. dua, tiga bulan lepas tu sambung balik puasa. dapat buat 5,6 hari, then stop balik. pastu, ni baru nak sambung balik. pemalas betul la aku. bila la nak habis nye???
Monday, February 14, 2011
meeting
ok lah nak bersiap nak balik dah nie... ehehehe.. tak saba. pastu budak tuisyen form three yang aku ajar sains pun mesti tak sabar nak continue chapter yang tak sempat abis last week. maklumlah, ajar pasal reproduction. bab-bab pembiakan nie depa suka. macam aku dulu la. tersenggih bila cikgu ajar,
"ok, nie sistem pembiakan lelaki, nie sistem pembiakan perempuan"... ermmmm....
malam nie aku kena jadi serius. aku boleh!!!! eheheheh, gelak dalam hati.
asrama
- dapat makan belimbing yang ada kat belakang asrama dekat ampaian baju. tapi kan, ramai orang kata pokok belimbing tu berhantu. kawan aku cakap, ada nenek kebayan kat pokok belimbing tu bila malam. lepas prep, pukul 11 kami bersiap nak tidur, time tu aku concentrate pasal tido jea, budak-budak mana nak tido lambat. satu malam tu, kawan aku bangun sebab sejuk, lupa nak tutup tingkap. pastu dia nampak ada lembaga hitam yang bersifat pendek (bukan aku kay) pastu bongkok, ada tongkat dan tengok kat dia. terus dia tarik selimut tak jadi nak tutup tingkap. tapi, aku was-was dengan cite ni????
- ada mesin basuh kat asrama. penyelia asrama (kak tie) kadang suruh kami kumpul baju pastu dia basuhkan guna mesin. tapi, biasanya kena basuh sendiri jugak, barang-barang besar jea masuk mesin macam blanket dan cadar. takpe, tak susah mana pun basuh baju. asal baju tu kena air ada sabun sikit, pastu bilas, jemur lah. dah kering boleh pakai balik takyah nak lipat-lipat sebab aku bawak baju sikit je kat asrama. ma cakap, jangan bawa baju banyak nanti hilang. bukan sebab hilang tapi memang baju aku sikit. adik-beradik ramai tak sempat la nak membeli. aku tak suka tulis nama kat baju, nampak macam budak-budak (bukan kau budak-budak ke masa tu?)
- main kejar-kejar. kat asrama best, sebab boleh main kejar-kejar sampai satu sekolah. kalau kat umah space tak cukup besar, penyamaran susah nak buat. kalau kat sekolah semua blok boleh explore. kalau main kejar-kejar dengan budak lelaki lagi best.
- melawa. kalau kat asramakan ramai kawan. kalau ramai kawan banyak lah benda yang boleh buat. benda yang paling best bagi budak pompuan is main make-up-make up. semua nak jadi cantik. time tu trend ikat rambut tinggi-tinggi. pastu pakai tudung memang berbukit la kat kepala tu. sapa yang paling tinggi ikat rambut dia yang paling best aka paling cantik. huh, sengal betul. ada yang bawa alat make up, tenyeh-tenyeh lipstik, pakai bedak tebal, padahal pakai bedak debu enchanteur jea. tu dah perasan cantik dah tu. pastu saje je keluar riadah bagi budak laki tengok.
- duk dalam locker. aku dan kawan-kawan suka sangat nyakat budak-budak lain, kadang tu kawan sendiri pun kena. aku pakai telekung pastu letak bedak, buar bercapok dan berwarna putih ala macam zombi. pastu duduk mencangkung dalam locker. tangan kedepan ready macam nak cekik la. tunggu tuan locker bukak pintu pastu aku sergah dia sekuat boleh sampi tuan locker terkejut. kalau dia macam nak pengsan tu, menjadi lah tu!!
- pertandingan. warden asrama (cikgu suhaiza, ni cikgu lelaki kay, nama je macam perempuan) selalu buat pertandingan, pertandingan tarian, lakonan, kembara dan macam-macam lagi. aku ni memang kaki mencapap so, wajib la nak participate, jadi pelakon tambahan pun takpe. kalau kembera tu yang best sebab kumpulan campur dengan lelaki. weh, nampak sangat au gatai start dari kecik lagi kan?.
Saturday, February 12, 2011
nak buat apa?
barang basah
Friday, February 11, 2011
permulaan baru
Thursday, February 10, 2011
bekal
Thursday, January 27, 2011
vote jangan tak vote
Sunday, January 23, 2011
BENGANG NYE!!!!
ARGHHHHHH... AKU BENGANG!!!!!!!
KAU B***H
Thursday, January 20, 2011
2tahun 2benua
Salam sejahtera semua,...
Entri ni khas untuk contest yang dianjurkan oleh CST Production dan LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR..klu lah bakal suami aku tu tahu, aku masuk pertanding ni pastu, menang pulak tu..alangkah gembiranya aku dan dia…hanya tuhan saje yg tau… aku nak tolong dia, kesian tengok dia, kerja siang malam, dari repair kapal terbang hingga ke cuci pinggan mangkuk semua keja dia buat... aku dapat rasa kan. semangat dia nak kawen menggunung. keluh, sakit, jatuh, bangun, dia simpan je dlm hati…mungkin nie je caranya untuk aku bantu dia…
kepada para pembaca, sila click pada image untuk pembacaan yang jelas. maaf diatas kesulitan yang dialami. sudah dua hari saya cuba untuk fixed problem ni tapi tak berhasil. maaf sekali lagi.
Ok,now meh aku kasi crita LOVE STORY kami.........
click image
click image